Thursday, June 25, 2009

Cupcakes Father's Day

Masa Father's Day hari tu kami just raikan dengan cupcakes yang comel2 nie :-). Cupcakes nie aku order yea.....bukan buat sendiri :-). Nak buat sendiri rasa cam tak larat jer hehehe.....so, aku order je dgn wansu nie.



Aku pilih kaler merah putih coz en.somi suka kaler nie :-). Then aku suruh wat cupcakes nie tema bowling sebabnya en.somi aku skang nie tengah giler dgn bowling.....Hari minggu jer mesti or wajib main bowling.....hehehhe...Haikal pun dah terikut-ikut dah cara papa dia main bowling tu.....




This cupcakes for PAPA. Tapi, yang menghabiskannya Mama & Haikal.....hehehe....





JOM UNDI!

Al-hamdulillah...akhirnya Haikal berjaya masuk FINAL Contest Aksi Menarik Ketika Anak Tido anjuran MAMA_UZMA . Syukur sangat2 :-).


So, aku harap kawan2 sumer undilah HAIKAL yea :-). Nombor undi Haikal ialah B 0021. Jangan lupa tau kawan2 undi Haikal yea....jasa baik korang takkan ku lupakan :-).


Ini gambar Haikal untuk contest nie.....korang boleh tengok kat sini.


So, korang boleh UNDI HAIKAL kat sini yea http://bigboy-uzma.blogspot.com/2009/06/undi-disini-sticky-mode.html. Jangan lupa tau nombor undi Haikal ialah B 0021 dan nama blog ku http://izashz.blogspot.com


Terima kasih banyak2 kepada yang sudi undi Haikal.....aku hargai sangat2...manalah tahu ada rezeki Haikal untuk menang kan.....

Tarikh last untuk mengundi ialah pada hari ini (satu kezutan dari mama_uzma) :-).






Sunday, June 21, 2009

Happy Father's Day

Entry ini khas untuk en. somi ku yang tersayang :-).
Coz hari nie kan Father's Day......


This card special for Papa.....hope Papa suka.

Dikesempatan ini, Mama dan Haikal nak ucapkan Happy Father's Day kat Papa. Semoga papa menjadi seorang papa yang terbaik untuk Haikal dan adik Haikal nanti :-). Dan tima kasih atas segalanya....We LOVE you so much!








Thursday, June 18, 2009

Macaroni Carbonara Mushroom Alysya

Entry nie khas untuk ko sham hehehe...sebabnya aku dah try buat resepi yang dia bagi tu.....Macaroni Carbonara Mushroom Alysya. So, inilah bukti dia yang aku dah masak yea sham :-).

Aku masak nie malam tadi. Kebetulan semua bahan2nya memang ada kat umah. Aku pun trylah buat. Sib baik jadi hehehee......So, macaroni nie jadi dinner kami anak beranak la malan tadi.




Itulah dia rupanya macaroni yang aku masak tu......tapi lain skit la dari sham punya coz aku gunakan pasta bow. Sebabnya itu je yg ada kat umah. Nak pi beli lain.....malaslah pulak. Tak kisahlah, bantai jer...hehehe....janji sedap....kan sham???? :-) Tapi memang betul2 sedap....


Inilah dia Prego Carbonara Mushroom tu.....


Kalo korang nak resepinya.....korang amik kat sini yea....


So, apalagi korang tunggu, pi beli prego tu cepatttt..... :-)




Wednesday, June 17, 2009

Haikal Dengan Keknya

Minggu lepas aku buat kek coklat kukus lagi......atas permintaan anak bujang ku ini...kejap2 mintak Yuyu...kejap2 sebut Yuyu.....

So, aku pun buatlah kek yuyu utk Haikal.....buat sama2 dengan Haikal. Papa lak keje. Sib baik Haikal baik je masa aku dok buat kek yuyu tu. Dia tengok jer.....macam tak sabar2 nak makan kek yuyu dia tu hehehhe...

Taraaa.....
Ini budak sudah tidak sabar nak makan kek yuyu tu.
Aku saje letak lilin nak kasi Haikal excited skit :-)

Ok....skang lilin dah dinyalakan.
Haikal dah tak sabar2 nak tiup lilin tu hehehe...
Kat kek tu aku tulis "Happy Birthday Haikal"
Konon2 hari tu besday dialah :-)



Pasni aku nak try wat muffin blueberry lak.....:-). Harap2 menjadi lah yea.....




Tuesday, June 16, 2009

CONTEST AKSI MENARIK


Hari nie aku nak join contest yang dibuat oleh mama_uzma lak.....Cam menarik je contest yang mama_uzma buat nie. Apalagi, aku nak amik peluang sertainya.....mana tau ada rezeki, Haikal boleh menang ke.....:-)





contest ni bermula pd 8 June-28 June 2009contest ni akan di tutup pukul 8pm on 28 June 2009. keputusan akn diumumkn pd 6 Julai 2009.

ada dua katogeri ye.....

1. umur anak dari 2 bulan hingga1 tahun
2. umur anak dari 1 tahun ke 3 tahun
lelaki dan perempuan sama

JADI MARI2 SEMUA MEMERIAHKAN CONTEST INI
CONTEST AKSI MENARIK

setiap contest pasti ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi.

Syarat2nya adalah seperti berikut:

1. Add blog MamA_Uzma di bloglist anda dan menjadi FOLLOWER Mama_Uzma serta upload CONTEST AKSI MENARIK as a banner di blog anda.

2. Buat entry khas ngan tajuk contest aksi menarik& upload gmbr anak anda. Sertakn perkara2 berikut:

Nama penuh anak
Umur anak (mengikut katogeri)
ceritakan kenapa gambar itu dipilih
dan slogannya skali

PERINGATAN : Pastikan hanya satu gambar sahaja tuk satu penyertaan,jika anda mempunyai anak lebih dari seorang boleh letak lebih maknanya kalau anak 2 org jadi 2 gambar dan seterus...dan bole juga dlm 1 gmbr ngan 2 anak skaligus..)

3.Dalam entri itu pastikan anda gitau dan link ke Mama_Uzma. Bila dah siap, tinggalkan komen di entri ini,untuk rujukan.

4. Pemenang akan dipilih berdasarkn gambar yg menarik yang akan di adili oleh juri luar..yang x ada kaitan langsung ngan blogger2

5. Hadiah utk pemenang adalah SHOWER MOUSE ANGEL INNOCENT & hadiah untuk si kecil juga disediakan.....

hadiah juga akan di tambah jika contest ini mendapat sambutan

jadi...tunggu apa lagi...jangan lepaskan peluang ini.


*****************************************************************************



Nama Penuh Anak : Adam Danish Haikal

Umur : 2 Tahun 4 Bulan (kategori 1 tahun ke 3 tahun)

Sebab gambar dipilih : suka sgt tengok gambar nie coz Haikal tido tertonggeng2. Masa nie Haikal tido waktu petang.....dia kepenatan sebenarnya nie....maklumlah penat main. Tu yg sampai tertido camtu tu.....hehehehe kelakarkan....


Slogan : Tertonggeng pun tertonggenglah...janji tido ku lena!


ok....siap.....harap2 penyertaan ini diterima oleh mama_uzma yea :-)











Tuesday, June 09, 2009

Splash Time!


Dapat berendam dalam besen pun jadilah......hehehe. Budak besar dok dalam besen kecik, muat2 jer haaa......

Kalo dah berendam camni....lamalah jawabnya dok dalam bilik air nie...


Kan main lagi suka Haikal dpt main air tu.....

Jom Mandi....

Main2 pancut air lak.....


Last2....Haikal tak bagi dah aku snap pic dia.....dia suh aku kuar dr bilik air tu hehehhe....teruk tul Haikal nie....






Monday, June 08, 2009

FATHER'S DAY CONTEST



Minggu lepas aku join contest Father's Day yang dibuat oleh ZARASHOPPE.

Hari nie aku nak join contest Father's Day yang dibuat oleh MamaTisya lak.....:-). Mencuba nasib kat sini lak hehehe....


Jom kita tengok syarat2nya dulu :


Contest ni bermula pd 1 June-10 June 2009.

Contest ni akan di tutup pukul 2pm on 10 June 2009.

Keputusan akan diumumkan pd 11 June 2009.


1. Add blog MamaTisya
di bloglist anda dan menjadi FOLLOWER MamaTisya serta upload FATHER'S DAY CONTEST as a banner di blog anda.

2. Buat entry khas ngan tajuk FATHER'S DAY CONTEST & upload gmbr anak anda bersama ayah/daddy/bapa/babah/walid/abi/papa masing2. Sertakn perkara2 berikut:


* Nama ayah & anak
* Umur anak (tiada had umur )
*. citer la skit psl gmbr yg dipilih dan dh ada plan ke nk celebrates kt mn?(kalo ada, sila nyatakan)

3. Dalam entri itu pastikan anda mention dan link ke MamaTisya (no link back will be disqualified).Bila dah siap, tinggalkan komen di entri ini, nanti senang MamaTisya nk view entry korang.

4. Pemenang akn dipilih berdasarkn gambar yg menarik & melambangkn kasih syg seorang ayah kepada anak. Keputusan juri adalah muktamad.Hanya 2 pemenang akn dipilih iaitu :

ayah & anaklelaki
ayah & anakperempuan


5. Hadiah utk pemenang adalah something from PIERRE CARDIN **jika rmi yg join contest ni...mayb ada adiah saguhati...so tguuuuuu......


***************************************************************************



Nama Ayah : Saufilbadli Bin Ya'cob
Nama Anak : Adam Danish Haikal Bin Saufilbadli
Umur Anak : 2 Tahun 4 bulan (masa dlm gambar tu Haikal umur 4 bulan)

Sebab gambar dipilih : Gambar nie masa kami pergi tengok Putrajaya Floria 2007. 1st time bawak Haikal kuar jalan2......seronok sangat waktu nie....Lagi satu, aku suka sangat2 pic nie coz papa dgn Haikal sedondon....pakai baju sama kaler...kuning gitu :-). Pastu dengan latar belakangnya...lukisan pokok kelapa tu.....tu pun warna kuning gak......begitu menarik sekali gambar nie bagi aku. Haikal lak nampak selesa sangat bila berada didukungan papa sambil menghisap ibu jari :-). Terasa dua beranak ini begitu dekat sekali dihati masing2......


Plan celebrate Father's Day: Untuk celebrate Father's Day kali nie aku tak plan nak ke mana2 pun....biasanya celebrate kat umah aje.....just buat a simple celebration with sebiji kek or cuppies yang kiut miut :-). Tak pun belanja papa makan kat luar.....tempat belum tau lagi....

So, rasa2nya dah memenuhi syarat2 yang diperlukan oleh MamaTisya.....harap2 adalah rezeki utk menang :-).







Friday, June 05, 2009

ZARA SHOPPE : FATHER'S DAY CONTEST


Salam semua.....


Buat pertama kalinya aku nak sertai contest nie......sebelum nie aku manalah masuk apa2 contest seumpama ini :-).


Kali nie aku nak sertai contest sempena Father's Day 2009 yang akan tiba tak lama lagi. Contest nie dianjurkan oleh Z.A.R.A.S.H.O.P.P.E.


ZARA SHOPPE : FATHER'S DAY CONTEST bermula 4/6 ~ 30/6/2009


Kalo korang nak tahu....ZARA SHOPPE nie menjual pelbagai barangan......ada wallet / purse yang berjenama seperti Louis Vuitton dan Gucci, ada Turkey Scarf, Roma Scarf, Silk Shawl dan juga bangles. Semuanya cantik2.......dan harga pun berpatutan....jomlah ramai2 shopping kat ZARA SHOPPE nie....:-)


Jom kita intai barang2 yang dijual di ZARA SHOPPE ini......



Louis vuitton Purse Vernis - Black Colour


Monogram vernis, slightly embossed leather
several slots for credit cards
Open compartment for bills
Zippered compartment for small change

RM55

Roma Scarf

fabric : 100% polysters (light & soft)
size : 90cm x 90cm
retail price : RM 58
our price :
RM40


Silk Shawl

[1 piece ~ RM12][ 2 pieces ~ RM22][ 3 pieces ~ RM30]



Bangle



RM 12


Ok...sekarang jom kita tengok syarat-syaratnya.....


SYARAT-SYARAT PERADUAN :

1- follow ZARRA SHOPPE. - done

2- add ZARRA SHOPPE di bloglist/blogroll anda. - done
(penyertaan terbatal jika gagal berbuat demikian!)

3- review berkenaan ZARASHOPPE di blog anda dengan tajuk ZARA SHOPPE : FATHER'S DAY CONTEST (hanya title ini sahaja di terima) -
done

4- upload gambar anda bersama ayah anda atau suami bersama anak serta ceritakan momen terindah anda/anak anda bersama ayah/suami anda!
(satu gambar sahaja diterima!) - done

tadaaa.....ini dia.....

Momen terindah :

Suka sangat dengan gambar nie....sebab dua2 begitu happy sekali. Ini masa kat Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang, Sepang. Pegi sini sebab mama ada program, so mama angkut sekali papa & Haikal pi sana :-). Haikal suka sangat dengan air....kalo dapat main air memang susah nak ajak naik. Kebetulan masa pegi sini, lupa pulak nak bawa pelampung Haikal. So, apalagi.....papa lah yang kena menjadi pelampung untuk Haikal. Apa yang penting, Papa sanggup jadi apa saja untuk Haikal asalkan anaknya itu gembira......:-).

Melihat cara papa melayan Haikal membuatkan mama rasa salute walaupun macam2 karenah dan peel yang Haikal buat. Tapi, Papa tetap sabar melayan karenah anaknya itu. Mama cukup bangga dengan papa :-). Mama jugak nak ucapkan "Happy Father's Day" in advance to Papa. Semoga Papa menjadi Papa yang paling best di dunia buat anak2 kita yea....:-).

5- tinggalkan link berkenaan contest di entri ini beserta email address - done

6- keputusan pemenang akan di umumkan pada 1/7/2009 - lum lagi arrrr :-)

HADIAH?
*
*
*
Pemenangnya akan di hadiahkan Louis Vuitton DAMIER CANVAS WALLET
bernilai RM95
yang akan di hantar terus kepada ayah anda atau ayah kepada anak anda (suami)sebagai kejutan
beserta father's day card ( kata-katanya tentu dari anda ya!)

** Bestkan hadiahnya......kalo Papa dapat nie sure dia suka sangat2.....:-)

So, jomlah ramai2 masuk contest nie.....:-)







Wednesday, June 03, 2009

Jom Nyanyi Sama2....

Jom tengok video Haikal dok menyanyi......

Masa nie Haikal tengah tengok citer TOM TOM BAK.....pastu ada budak nyanyi lagu Aspalela....dia pun ikut sama ler menyanyi......tapi yang bunyi nya....." laa...laa...laa..." jer..... shortcut from Aspalela hehehehehe.....layan jer lah.....

** Sori arrrr video tak bape clear skit coz malam kan....lagi pun lampu dinding umah ku itu memang romantik cahayanya :-). So, video nampak gelap skit.....