Monday, January 26, 2015

Projek Menge'kek'

Salam Isnin semua......

Ada yg monday blues ker?....hihihi.... Biasala hari 1st keje setiap minggu mesti ada rasa mcm2 kan......

Lamanya x update blog nie.....kebizian skit lately nie. 

Hari ni nak kongsi resepi kek marble yg simple jer. Projek buat kek hari ahad smlm. Tekak ni tiba2 terasa nak makan plak. So, tekak sendiri nak mkn kek, kena la kacau sendiri.....huhuhu


RESEPI KEK MARBLE

2 cawan marjerin
2 cawan gula
5 biji telur
1 sudu esen vanila
4 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan serbuk koko

CARA-CARA :
1. Pukul gula dan marjerin hingga sebati.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lg.
3. Masukkan esen vanila. 
4. Kemudian masukkan tepung yg telah diayak. Putar hingga sebati.
5. Adunan dibahagi dua. Satu adunan ditambah koko dan satu adunan biasa.
6. Adunan dimasukkan ke dalam loyang secara berselang seli... Buat hingga habis.
7. Bakar lebih kurang 40 minit. bergantung kepada oven masing2. 

            Dah masak......

           Taraaaa!!! Gebus gebas gitu keknya.....

** Selamat mencuba pada yg nak cuba.....hihihi. Insyaallah menjadi keknya.


No comments: