Tuesday, March 31, 2009

GuestBook

Writing Table For Me Please.....


Cuba korang tengok........




Kan main khusyuk lagi dia dok menulis kat atas meja tu kan.......konon tengah tulis ABC ler tu....




Kadang2 Haikal dok berebut meja nie dgn papa dia time papa dia nak buka laptop buat keje. Dia pun sama nak duk kat kerusi tu......



So, ini maknanya aku kena belikan meja dan kerusi baru utk Haikal lerr.....


Dalam kepala aku nie mmg dah ada dah meja dan kerusi yang sesuai utk Haikal. Aku nak sangat2 belikan meja dan kerusi nie utk Haikal. Aku suka sangat sbb cantik dan lagipun ia mmg sesuai utk budak2 kan......



Inilah dia meja itu.......



Ikea Mammut Table


Ikea Mammut Chair

Ok tak korang rasa meja dan kerusi nie? Tapi aku rasa nanti aku nak beli yang kaler merah lah sbb aku suka merah hehehe....








Friday, March 27, 2009

Resepi

Disebabkan ramai yang minta resepi ROTI BERKEJU kat entry bawah tu.....

Kat sini aku tepek resepinya.

So, korang sumer bolehlah cuba membuatnya yer......sedappppp.

Pasti anak2 korang suka..... :-).

Bahan-bahannya mudah ajer dan senang didapati :-).


Bahan-bahannya:

Roti Sandwich

Keju slice

Jem Strawberry (ikut sukalah nak flavour apa)

Telur (dipukul)

Mentega (utk mengoreng)



Cara-cara :

1. Sapukan rata jem pada roti.

2. Kemudian, letakkan keju di atas roti dan lapiskan dgn sekeping roti lagi.

3. Lepas tu potong 4 roti tersebut.

4. Celupkan roti ke dalam telur dan goreng dgn sedikit mentega hingga kekuningan.







Thursday, March 26, 2009

Roti Berkeju

Yumm.....yumm.....sedappppppp!

Hingga menjilat jari.....hehehehe





Ekceli, roti berkeju nie aku buat utk bekpes hari ahad minggu lepas. Ini gara2 tgk resepi dalam majalah Pa&Ma la nie. Roti nie utk menu budak2 baya Haikal sebenarnya. Tapi Mama & Papa dia lak yang lebih2 nak makan......teruslah try buat. Memang sedappppp.....


Selain roti berkeju tu....ada nasi lemak 2 bungkus (dah tentulah utk aku & en.somi kan) dan 1 bungkus lagi tu bihun utk Haikal (tapi mama dia gak yg perabihkan hehehe)







Wednesday, March 25, 2009

Sebelum & Selepas

Sebelum



Selepas




Korang perasan tak apa perbezaan gambar sebelum dan selepas di atas tu?

Bezanya ialah rambut Haikal dah dipotong pendek.....ala-ala botak gitu :-)

Kalo ikutkan papa Haikal dia nak botakkan terus bagi licin kepala anak dia nie, tapi aku yang tak bagi coz nanti takut Haikal tak ensem hehehehe......boleh gitu? LOL.


Rambut Haikal nie cepat betul panjang, rasanya baru jer kami potong rambut dia.....nampak rimas lak bila tgk rambut dia panjang, tu yang terpaksa potong kasi ala-ala botak gitu. Sekali tengok macam kelakar la pulak muka anak aku nie hehehehe.....



Haikal's New Look










My Pregnancy












Tuesday, March 24, 2009

Sedapnyaa......

Ini kes teringin dan mengidam nya pasal la nie....... :-)

Minggu lepas aku tingin sangat nak makan ayam golek nie.....tapi ayam golek yang kat Pantai Dalam je tau....tempat lain tak nak......hehehehehe...demand tu.....

Balik keje aku sanggup singgah jap kat Pantai Dalam ni semata2 nak beli ayam golek nie.....




Ayam2 yang tengah bergolek2....hehehehehe LOL

Ayam Golek 5 Bintang....

Sampai je umah, apalagi...terus ngap laa......yum...yum...sedapnya.....


Hingga menjilat jari...... :-)


** Masa dalam keta tu.......memang tak tahan bau ayam nie......menusuk ke hidung. Sedapnya bau ayam nie semerbak LOL......rasa nak cepat2 jer sampai umah sbb dah tak sabar2 dah nak makan...... hehehehehe....



My Pregnancy













Thursday, March 19, 2009

My Pregnancy - 8 Weeks 2 days

Al-hamdulillah, hari nie my pregnancy dah pun masuk 8 weeks 2 days.

Setakat nie aku tak derlah mabuk2 sgt.....biasa2 ajer.....cuma aku mabuk waktu pagi jer. Pagi2 sebelum mandi & gosok gigi, mesti aku loya dan muntah2. Pastu time malam bila nak tido.....mesti loya dan muntah2 gak.....huhuhuhuhu....yang lain semua ok. Selera makan pun macam biasa ajer :-)


Minggu lepas, 10 Mac 2009 (Selasa) aku pegi klinik utk scan perut....tak sabar rasanya nak tgk baby dlm perut nie :-). Tapi tak nampak sgt coz baby kecik lagi.



Ermm, minggu depan aku nak pi scan lagi.....rasa macam hari-hari aku nak pi scan sbb nak tgk perkembangan baby dlm perut nie......hehehehe....melampaukan.... LOL.

Apapun, aku harap my baby nie membesar dgn sempurna dan sihat.
















Wednesday, March 18, 2009

Aktiviti Tanam Rumput

Ini aktiviti Haikal & Co. hari Ahad minggu lepas.......kita orang dgn jayanya berusaha untuk mencantikkan lagi laman umah kami yang tak seberapa luas itu hehehehehe....

Langkah pertama, kita tanam dulu rumput karpet nie.....Rumput nie en. somi aku beli kat Sungai Buluh. Murah jer.....sekeping tu.....RM 1.80 jer....





Ini pulak budak yang dok sibuk nak menolong jugak......mula2 haruslah digembar gemburkan tanah itu dulu.....



Wah! rajin tul anak mama nie.....



Tapi sekejap jer buatnya. Bila dah penat dan boring........Haikal main basikal lak. Orang dok sibuk2 tanam rumput, dia boleh dok releks ajer kat atas basikal dia tu......iskhhh! iskhh!..... :-)






Jom layan video......

(thanks to watie~mama mya yg ajarkan aku camner cara2 nk uploadkan youtube nie kat blog)










Tuesday, March 17, 2009

Cuppies For Our Anniversary

Untuk meraikan anniversary kami yang ke-3 hari tu......tak der majlis besar2an pun. Just celebrate with cuppies yang sangat comel, cantik & sedap ini. Aku order dari cuppyliciouscupcake.







dan jugak......a special present for my beloved hubby. For me, seperti biasalah.....aku akan request apa hadiah yang aku nak. Dah request pun........hehehehe.....



Tag - Birthday Wishlist

Jawab tag lagi.....hehehehe...

Tima kasih pada Mimi ~ Najeeb, Aza ~ Afiq & Wanie ~ Irfan kerana meng'tag' aku......

Dengan rela hati aku menjawabnya :-).....hehehehe....




The rules:

1) Make a list of what u want on your birthday

2) The ist should be 10 numbers

3) Post the image of this award to your posting

4) Give it to 10 frens of yours



Here are my wishlist :


1. i wish my family always in good health and panjang umur.....

2. i wish for happy family forever and ever....

3. i wish i can fully breastfeed my this cooming soon 2nd baby

4. i wish and berdoa agar baby dalam perut nie GIRL :-)

5. i wish dapat special suprise present from my hubby. Selalunya aku yg request nak hadiah apa utk besday aku....hehehehe

6. i wish dapat jadi isteri, ibu dan anak yang baik

7. i wish for a bigger family car......bolehkan papa? :-)

8. i wish dapat buat birthday party yang hebat utk Haikal

9. i wish for a family holiday

10. i wish for a candle light dinner.....just two of us :-)




** Semoga birthday wishlist aku tu menjadi kenyataan........tapi, bila ntah.......huhuhuhu





Monday, March 16, 2009

Sisterhood Award



Award nie aku dapat dari Sham. Tima kasih banyak2 sham bagi award tu......Baru hari nie dapat tepek kat blog.....




The rules:

*Place the award logo on your blog.
*Nominate 10 other blogs which show "Attitude and/or Gratitude"
*Link to the nominees on your blog post.
*Comment on their blog that you have nominated them.
*Share the love and link to the person who nominated you


Ingin kuserahkan award berikut kepada: Sesapa saje yang singgah kat blog aku nie... :-)




TAG - Child's Wardrobe/Closet

Sue telah meng'tag' aku.......


RULES.....

1. Take a photo of ur child's wardrobe/closet..inside n outside.


-Outside-

Almari nie asalnya tak der kartun spongebob tu.....kosong jer.....So, aku belilah sticker Spongebob tu then tampal2 bagi nampak cantik. Tapi, banyak dah tak der sbb Haikal dah cabut2 dah......huhuhuhu



-Inside-

2. Explain in detail, how do you arrange everything....
- Untuk tempat yang sangkut2 tu sumer aku letak baju baru dan baju untuk jalan2......Bawahnya lak susun pampers Haikal.....Baju yang berlipat kat bawah tu pun baju utk jalan2 gak.....terpaksa lipat coz tak cukup hanger hehehehe.....asik lupa jer nak beli lagi.

- Untuk bahagian tepi kanan almari tu pulak......petak pertama, tu sumer baju2 basahan Haikal untuk pakai hari2.....Petak kedua lak, tu sumer baju2 tidur Haikal dan petak ketiga...bawah sekali tu....ada towel, napkin, socks dan seluar2 utk jalan ( jeans).


3. What do you have on top of the wardrobe / closet?
- Macam-macam benda ada.......ada bakul ubat, kertas A4, bunga dan seperti apa yg korang nampak tu kan.... :-)

4. Where did you keep your baby's old clothes?
- Simpan dalam kotak dan kotak itu ada dalam stor.....hehehehe.....Baju2 tu sumer masih elok lagi. Sayang nak bagi orang......Nanti adik Haikal leh pakai lepas nie.....:-)

5. Nak tag mereka2 ini......
- Hirda - Mama Hardy
- Niza - mama Kanda & Balqis
- Sham - Ummi Echa
- As - Mama Adriana & Aqeel
- Yong - Ibu Chem










Sessi Menjawab Tag

Hari nie aku nak langsaikan hutang2 dengan menjawab tag yang telah diberikan kepada aku......Sori yea kengkawan, sebab lambat jawab tag2 korang tu. So, untuk tidak mengecewakan semua pihak, aku dgn sedaya upayanya telah menjawab tag2 ni sumer..... :-)


TAG 1 - "i" The Name U Like......

Untuk tag nie aku telah ditag oleh Hirda.
Uihh! susah gak nak menjawabnya....pikir punya pikir.....terkeluarlah jawapan2 seperti berikut :


Rules :
It's harder than it looks!
Copy to your own note, erase my answers, enter yours, and tag twenty people.
Use the first letter of your name to answer each of the following quetions.
They have to be real....nothing made up!
If the person before you had the same fisrt initial, you must use different answers.
You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl question.


1. What is your name : iza

2. A four letter word : idea

3. A boy's name : izzat

4. A girl's name : intan

5. An occupation : ichthyologist

6. A colour : indigo

7. Something you'll wear : inai

8. A food : ice cream

9. Something found in the bathroom : injap bebola

10. A place : india

11. A reason for being late : ill

12. Something you'd shout : idiot!!!!

13. A movie : idola

14. Something you drink : ice lemon tea

15. A band group & singer : infinatez & imran ajmain

16. An animal : iguana

17. A street name : ipoh

18. A type of car : isuzu

19. The tittle of a song : itu kamu

dengan ini saya nak tag.......ermmm, rasa2nya dah ramai yang buat tag nie. So, aku dgn baik hati tak nak tag sape2 lah.....hehehe....



TAG 2 - 5 Things.....

Kali nie aku telah ditag oleh Meen pulak.


5 things found in my bag :
1. Wallet
2. Kamera
3. Handphone
4. Pampers Haikal (wajib ada okey.....utk spare kalo pi mana2)
5. Compact powder, lipstik & perfume


5 things found in my wallet :
1. IC @ My kad
2. My kid Haikal
3. Pelbagai jenis kad......kad atam, kad kreadit, membership card etc.
4. Duit
5. Pic Hubby


5 favourite things in my room :
1. Kipas
2. Lampu
3. Katil
4. Almari
5. Meja make-up


5 things i've always wanted to do:
1. Nak menunaikan haji
2. Nak pi melancong satu Malaysia.....alangkah bestnya!
3. Nak ada banyak duit. Pastu bolehlah shopping apa saja.....hehehehe
4. Nak pegi honeymoon tiap2 kali tibanya anniversary.......Erk! boleh tak papa??? :-)
5. Nak hidup bahagia dan gembira tanpa ada masalah buat selama2nya.....:-)


5 things i'm currently into :
1. Siapkan kerja2 ofis
2. Update / baca blog
3. Jaga kesihatan diri & baby dalam perut.....(tak dpt nak diet.....hehehehe)
4. tengah kumpul duit nak beli DSLR.....
5. Jawab tag


5 people to tag :
1. Sue - Mama Maryam
2. Sham - Ummi Echa
3. Lieya - Mama Mia & Mija
4. Zana - Mama batrice
5. Zura - Mummy Irdina & Arissa






Friday, March 13, 2009

Our 3rd Anniversary

Hari ini adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-3......
dan hari nie jugak genaplah usia 3 tahun kami hidup sebagai suami isteri.
Al-hamdulillah, aku bersyukur kerana kami masih lagi bersama
dan hidup bahagia di samping anak tersayang.



To Sayang,
Happy 3rd Anniversary!
"Semoga kita sentiasa bahagia di samping anak2 yang comel dan
terima kasih di atas kasih sayang yang diberikan. Semoga kita kekal hingga ke akhir hayat.....amin".




Hanya untuk mu
sayang.......


"Ya Allah, Tuhan yang menyatukan dua hati ini,
Engkau campakkanlah ke dalam hati kami perasaan kasih sayang antara
satu sama lain sebagaimana engkau satukan hati Nabi Muhammad S.A.W.
dengan Saidatina khatijah R.A."




**pssttt....Papa, nak celebrate kat mana nie? :-)







Wednesday, March 11, 2009

Hati-hati Memandu....

Cam iya2 jer kan Haikal dok drive keta tu....
Haikal nie mmg suka sgt dok kat belah driver nie. Kalo pi mana2.....then papa dia stop jap nak draw duit ker....isi minyak ker.....mesti dia laju2 pi dok kat seat driver tu.....pastu konon2 buatlah tgh drive. Siap pegang & pusing stereng lagi. Pastu siap main2 gear lagi....hehehehe...



Cam dah pro jer drive keta hehehe....

Alamak! ada apa lak kat depan tu?

Iskh!....pusing belah sini skit la....
Ok tak Haikal drive keta nie mama?....

** kalo anak mama yg drive....mesti oklah punya :-)