Friday, January 30, 2009

Tugas Baru

Sejak berada di kampung nie...Haikal ada satu tugas baru hehehehe...... Aku pun pelik.....apalah yang Haikal suka sangat dengan benda nie. Satu hari dok pulun main tu jer....

Korang tau apa tugas baru Haikal tu.....

Haaa...nie dia....dok pulun meng'vacuum'. Habis satu rumah nenek dia di vacuumnya.....hehehehe....rajin sungguh anak teruna aku nie....:-)


Minat sungguh Haikal dengan vacuum nie....bila kita simpan vacuum nie, dia pi amik balik....pastu pandai lak dok sambung2 penyedut vacuum tu.....

Jom intai apa yang Haikal dok pulun buat tu.....

Tengah dok sambungkan penyedut dgn wayar....



Konon2 tengah dok meng'vacuum ler tu.....LOL



Ok...dah siap.....dah bersih karpet nie....



Thursday, January 29, 2009

At kampung :-)

Salam semua....


Apa khabar? Lamanya rasa tak jenguk blog kengkawan semua kan?....


Sekarang nie aku masih lagi berada di kampung halaman tercinta hehehehe......InsyaAllah, hari sabtu petang baru bertolak balik ke K.L & hari selasa baru start keje :-).
Actually, hari isnin aku cuti lagi sebab hari tu kan cuti Hari wilayah....so, aku keje kat K.L....cuti la. Tapi, disebabkan en. somi aku keje kat selangor maka kena la balik K.L awal....



Haikal dalam keta masa on the way nak balik kampung.





Saturday, January 24, 2009

Yahoooo! Balik Kampung....

Yahooooo!......bestnya nak balik kampung! :-)

Hari nie Haikal & Co. akan balik kampung kat Kelantan. Kita orang akan bertolak lepas asar nanti coz en. somi kena keje la hari nie sampai tengahari.

Untuk makluman sumer, Haikal & Co. akan bercuti panjang......selama 10 hari (24 Jan - 2 Feb) hehehe.....Lamakan? :-)

Insyaallah, kalau ada masa terluang aku akan usaha untuk update blog dan melawat blog kawan2 sumer.

Ok lah.....aku nak sambung balik kemas / packing barang2 nie.....nak check kot2 ada yang tertinggal plak kan nanti hehehehe.....dan doakan semoga perjalanan kami selamat sampai ke destinasi yea...... :-).


** Selamat Bercuti kepada semua.....:-)



Friday, January 23, 2009

Jom Cuci

Tengoklah anak bujang aku nie.....aku suh dia mandi. Tapi dia lak terlebih rajin pi dok cuci bilik air tu.....Haikal nie saje sebenarnya sbb dia nak main air dan dok lama2 dlm bilik air tu. Haikal nie memang pantang nampak air dan juga suka sangat dgn air nie.....Kalo dah masuk bilik air tu memang payahlah nak ajak dia kuar dari bilik air. Adusss! kadang2 berperang aku nak ngajak Haikal kuar........perang mulut ler......hehehehe...

Jom intai apa yang Haikal dok cuci tu......


Cuci bersih2...nanti mama upah susu yea.....


Dok pulun berus lantai.....


Berus dinding lak....




Thursday, January 22, 2009

Tag By Zura - Tagged 1

Tag by Zura.

The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tagged 6 people.

I am
- Mama kepada seorang budak ensem....Haikal :-)

I really want to
- Belajar buat deco cuppies yang cantik2....

My favorite place
- Tepi laut.....sbb aku suka tgk air laut yg biru.....
best klu dpt dok rileks kat tempat camnie...

My favorite things
- Handbag...sbb aku suka tukar2 handbag bila pi keje :-)

My favorite food
-Nasi kerabu.....suka sgt2 :-).

My favorite drink
- Air Sirap

I live in
- Somewhere in Selangor
(copy hirda punya...boleh ek...hehe)

I was born in
- Kelantan

My school/college
- UiTM

My favorite story
- Shrek

My hobby
- Shopping ler....hehehehe

I wish
- A happy family ever after.....


I want to tag these 6 people :
1. Tie
2. Eija
3. Farah
4. Emy
5. Dilla
6. Ina

Wednesday, January 21, 2009

Sesi Fotografi

Malam tadi masa dok lepak2 kat ruang tamu. Haikal dok main angkut2 kusyen sofa pastu dia pi susun kat dinding....

Tiba2 Haikal datang kat aku dengan kamera ditangan dia dan dia bagi aku......pelik gak.....

Pastu dia pi dok sandar kat kusyen tu sambil sengih2.....ooooo rupa2nya Haikal nak suh aku snap pic dia hehehehe.....kelakar betul Haikal nie....

Inilah hasil sesi fotografi besama Haikal malam tadi :-) Macam-macam gaya ada......dah lah tak pakai baju.....hehehehe.

Apapun, layan je la yea...


Elok jer bersandar......
Alamak! nampak peyut muncit laa.....hahaha
Gaya berdiri lak sambil kira 1, 2, 3,......


Gaya pegang peyut lak.....hehehehe


Gaya tutup muka....malu ekkk...


Tuesday, January 20, 2009

Scrapping

Dah lama rasanya aku tak ber'scrapping' nie....

Hari Sabtu pagi sempat la aku wat scrapping 2, 3 keping nie....

Dan....inilah hasilnya....:-)










Haikal Dah Sihat

Al-hamdulillah...Haikal dah sihat.
Hari semalam Haikal dah menunjukkan perkembangan yang agak baik.
Tak der muntah-muntah dah.
Makan pun dah ok skit.....
Lepas hisap susu dah tak muntah balik.
Malam tadi suapkan Haikal bubur nasi dan dia makan dengan beseleranya :-).
Dan jugak.....
Malam tadi Haikal tidur dgn nyeyaknya hinggalah ke pagi.
Hantar pi taska pun masih lagi tidur.....
Al-hamdulillah........
Lega skit hati aku dan en. somi tgk Haikal dah sihat kembali :-)

Monday, January 19, 2009

Muntah-muntah

Tengah malam tadi dalam kul 12.15 Haikal jaga dari tidur...then dia mintak susu. So, aku buatkan dia susu. Tapi lps hisap susu tu Haikal bangun then terus batuk dan muntah. Haikal hisap susu tak byk skit jer...dalam 4 oz gitu.

Lepas tu terus meleret2 haikal muntah......kesian sgt2 aku tgk dia...sampai lembik2 dan tak bermaya.....aku pun tak pasti nape Haikal muntah-muntah camtu.....nak kata tak makan dia makan....tapi dlm kuantiti yg skit la sbb Haikal skang nie susah sgt nak bagi dia makan.....

Bila tengok Haikal cam dah teruk sgt muntahnya.....terus kita org bawak pi klinik Anis kat seksyen 2, shah alam tu....masa dlm kul 1.45 pagi.

Kat klinik time doc check sumer....then doc kata tak der apa yang serius.....cuma blk nnt kena terus bagi dia makan ubat tahan muntah. tapi badan Haikal tak panas...tak demam...sib baik la...cuma muntah-muntah jer.....


Ini ubat yg doc bagi.....ubat tahan muntah, ubat batuk & ubat selsema (sbb Haikal ada selsema skit2)

Sampai umah, terus bagi Haikal ubat tahan muntah tu. Masa nie Haikal nampak cam dah ok skit la...dah boleh senyum dan nampak dia cam bermaya skit la. Pastu dia mintak susu lak....bagi la haikal hisap susu skit jer...dlm 2 oz camtu....then dia tido. Tak lama tu dia batuk2 then muntah lagi....Aku dah risau giler dah....Tapi sib baik lah muntah dia tak melarat cam sebelum tu....

Dalam kul 3.40 pagi barulah Haikal tido nyenyak...tu pun tido atas dukungan en.somi. Bila Haikal dah betul2 lena barulah letak dia tido kat tilam. Bejagalah kita org semalam....sib baik Haikal lena tidur sampai pagi....

So, hari nie aku dan en. somi tak keje...kita orang amik EL.

Pagi tadi bila Haikal bangun tido, nampak skit dia ceria....siap gelak2 lagi....al-hamdulillah.....

Bekpes tadi pun Haikal makan skit jer...puas pujuk....tapi ok laa...daripada dia tak mkn langsung kan.....

Sekarang nie Haikal tgh tido.....tadi bagi dia makan ubat.
Letak towel basah coz tak nak bagi badan dia panas.....
kan takut dia demam pulak.

Sunday, January 18, 2009

Main Air

Petang Sabtu kita org bawak Haikal pi main air kat Pusat Akuatik Shah Alam. Tersangatlah Haikal gembira bila nampak pool yang penuh dgn air....tak sabar2 nak main dan berendam dlm air tu. Bila nampak je air yg banyak tu...terus haikal menjerit2 sbb dah tak sabar nak masuk dlm air tu...sampaikan aku nak buka baju dan suar dia pun tak sempat, Haikal dah meronta2 dah.....Aduss! wat malu je ank aku nie....:-)

Jom layan pics yg sempat aku snap nie. Dapat snap sikit jer...coz mama dia pun nak berendam gak hehehehe.....


Bukan main sonok lagi Haikal kalau dpt air....





Lebih kurang dlm sejam setengah kita org berendam kat situ....dan seperti biasa bila time nak balik tu, Haikal dah mula wat perangai.....dia tak mo balik lorrr....nak main air lagi....siap nangis2 tu....huhuhu....

On the way balik, Haikal terus tido lps minum susu. Agaknya letih sgt lah tu main air. Haikal tak berbaju ok sbbnya dia dok ngamuk2 tak nak blk...nak main air lagi, hanya sempat pakaikan pampers jer...hehehehe


Friday, January 16, 2009

Gaya Tidur....

Cuba korang tengok gaya Haikal tidur nie....
Siap tertonggeng-tonggeng lagi....
Hehehehe


Lena Haikal tidur walaupun tonggeng2 camnie....
Masa nie Haikal tgh tidur waktu petang....

Dinner Kami

Ini dinner kami untuk malam tadi
Kami just makan yang ringan2 je malam2
Coz masing2 dah makan berat kat opis di siang harinya
Kami memang jarang makan nasi malam2 nie :-)


Inilah dia dinner kami malam tadi....

Roti Paratha

dicicah dengan sambal ikan bilis

Thursday, January 15, 2009

Awards By Kak Aimi & Hirda





1. Copy Badge “2008 Cute’s Blogger Award” untuk diletakkan di blog anda.


2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda.
Kak Aimi & Hirda

3. Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum
pemenang seterusnya.


~ suka masak
~ suka shopping (especially baju2 haikal)
~ suka tengok umah kemas
~ suka jalan-jalan.....tak kisah mana2 pun...
~ suka usik Haikal
~ suka wat koleksi handbag, kasut dan kerongsang
~ Tak bape suka lipat kain dan gosok baju
~ Tak suka tgk pinggan magkuk dalam sinki tak berbasuh
~ suka makan aiskrim
~ suka tengok drama melayu



** nak kasi award kepada semua yang singgah blog aku nie....:-)


Mari Menabung


"Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit...."

Jadi, marilah kita sama2 menabung untuk menjamin masa depan.


Kisahnya camnie....minggu lepas aku buka Akaun Simpanan Nuri untuk Haikal kat Bank Rakyat. Nape aku pilih Bank Rakyat? Sebabnya bank nie dekat sgt2 dgn opis aku....so, sekiranya ada urusan apa2, aku boleh pegi bila2 masa aje hehehehe......(logik tak alasan aku tu????)


Bukan apa....aku nak didik dan menggalakkan Haikal supaya suka menabung dari kecik lagi. Nanti bila dan besar senang la....mana lah tau kot2 nak pakai duit ke.....so, bolehlah amik dari tabungan yang ada nie :-).


Setelah urusan buka akaun selesai.....dapatlah buku akaun Nuri nie dan jugak tabung Nuri nie.....


Buku Akaun Simpanan Nuri


Tabung Nuri


Close up



Haikal dah ada tabung.....Tgh ralit dok tgk gambar kat tabung tu...



Ok....sekarang jom kita simpan duit syiling ni dalam tabung.
Perhatikan cara-cara Haikal masukkan duit syiling dlm tabung tu yea.....
(1)


(2)



(3)


(4)


(5)


(6)


(7)
** Hehehehe...haikal tgh dok usaha nak kuarkan semula duit syiling yg dia dah masukkan tadi.....Adoii la....mana boleh sayang.....

Sekarang nie, setiap hari Haikal akan masukkan duit dlm tabung dia tu. Aku akan bagi dia duit syiling pastu suh dia masukkan sendiri dlm tabung tu. Bukan apa....aku nak latih Haikal spy suka simpan duit dan berjimat cermat. Nanti bila dah besar...dah sekolah....kalo ada duit lebih bolehlah dia simpan dlm tabung kan....simpan sendiri, tak yah dah kita nak suruh2 kan....betul tak?