Showing posts with label iza masak. Show all posts
Showing posts with label iza masak. Show all posts

Wednesday, January 13, 2016

Kisah Lunch Box

Hari ni nak bercite pasal Multifunction Electrical Lunch Box. Asalnya dah lama kita beli benda alah nie....bila tgk2 plug dia kecik dari yg biasa kita dok guna tu kan.... Kena la beli adapter plak. Bila tang nak beli tu yg jd tertangguh. Kdg2 dah pi kedai tp x ingat plak nak beli....huhuhu.

Peram punya peram.....dah dekat setahun dok dlm kabinet tu ha..... Tak blh jadi camni, pi la jugak beli adapter semata2 jer... Murah jer pun, beli kat kedai MR. DIY harga RM 3.50 jer.

So, pagi esoknya kita pun try la rebus telur. Mmg senang ko.....

 Ini la rupa Multifunction Electrical Lunch Box kita....
Harga masa beli rasanya RM 59 kot.... xingat dah....hihi

 Masak sudah telur separuh masak kita. Rebus dlm 5 minit jer....

 Tengaharinya kita wat ikan siakap stim lak.... Kalo nak masak 2 ketul ikan blh la guna lunch box nie...

Taraaa....
dah masak!!

Lepas ni blh la guna lunch box ni klo nak rebus apa2 yg skit la...takat telur 2 hingga 5 biji ok la.



Monday, January 11, 2016

Ayam Sambal Bali


Petang ni kita nak kongsi satu resepi yg kita dah try masak last week. Resepi ni tgh viral kat fb skrg nie. Ternyata sedap masakan ni....


Ini dia masakan yg kita masak....... Ayam Sambal Bali.


Kat cni kita share resepi skali....sape2 yg nak try masak blh la yea...


AYAM SAMBAL BALI
Bahan-bahan :
Ayam  - gaul kunyit dan garam. Goreng separa masak.
Cili giling
Bawang besar blend
Bawang putih blend
Halia 1 inci blend
Belancan 1 inci blend
Serai 3 batang dititik
Daun kari satu 5 tangkai
Kicap
Garam
Gula 3 sudu besar

Cara-cara :
1.     Goreng serai sehingga separa coklat.
2.     Masukkan daun kari.
3.     Bila daun kari dah naik bau, masukkan bahan2 yg diblend tadi.
4.     Masukkan garam, gula dan kicap sehinga dapat warna merah maroon yg cantik.
5.     Masukkan ayam dan kacau hingga sebati dan masak sepenuhnya. Siap.






Sunday, January 10, 2016

Homemade Popcorn

1st time buat popcorn sendiri. Mula2 mcm takut gak sbb ada bunyi pop pop tu kan....hihi. Konon takut mcm terkena tangan ker...
Gigih cari tudung periuk yg besar. Aku guna tudung periuk pengukus.

Bahan2:
Biji jagung
1 sudu mentega
2 sudu minyak masak

Cara buat:

- Panaskan mentega dan minyak masak. Bila dah panas, masukkan biji jagung dan tutup dengan tudung periuk. Nanti akan bunyi 'pop pop' tandanya jagung tu dan jadi popcorn. Tunggu sampai bunyi habis baru buka tudung periuk tu.

Karemal:
1 sudu mentega
6 sudu gula

Cara buat:

- Panaskan mentega dan gula hingga cair dan war kekuning2an... Masukkan popcorn dan gaul rata.... Siap!!


Sebelum dikaremalkan.....



Selepas dikaremalkan....