Wednesday, December 31, 2008

Sedih Dan Redha

Ermmm, pejam celik...pejam celik......dah pun nak abis tahun 2008 kan..... Maka detik 12 malam ini akan muncullah TAHUN BARU 2009.




Bagi aku, utk tahun 2008 nie…segala apa yg berlaku ke atas aku baru-baru ini, aku terima dan redha seadanya. Maybe korang tertanya2 kan apa yg telah berlaku? Atau ada yg dah dapat agak apa yg berlaku.

Seperti yg korang sumer tahu…..sebelum nie kan, aku ada citerkan pasal masalah aku semasa peknen dan masalah baby aku yg tak der heartbeat tu kan….

Sedih memang sedih……tapi nak wat camner. Aku terima apa yg berlaku ke atas aku. Hari Jumaat lepas 26/12/2008 lebih kurang dalam kul 1o lebih camtu…aku rasa sakit perut yg amat sangat. Pastu darah kuar makin banyak. Aku dah rasa lain macam dah….dah dapat agak apa yg akan berlaku. So, en. Somi terus hantar aku pi hospital KPMC. Bila sampai sana, doc check apa yg patut…..then, doc cakap baby aku dah gugur. So, doc kata kena wat D&C. Hari tu jugak aku wat D&C tu…..Masa wat D&C tu aku tak rasa sakit coz aku dibius sepenuhnya (tidur). Lepas sedar tu, aku rasa sedih sangat……Tapi, aku tetap redha dan terima atas apa yg berlaku nie. Maybe ada hikmah disebalik semua ini dan belum rezeki haikal lagi nampaknya nak dapat adik :-)



Aku dok kar ward satu hari jer.....kul 9.00 malam leh balik umah dah....Doktor bagi aku MC lapan hari.....





Dikesempatan ini juga...aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009.



Friday, December 26, 2008

Cuti

Hari nie aku tak keje...aku cuti :-). Kiranya aku cuti lama la stat dari hari semalam (Krismas) sampailah 5 Jan. 2009 (Isnin). Pasti korang sumer pun cuti lama gak kan macam aku :-). Bukan selalu kan.....hehehe. Lagi pun Haikal & Co nak balik kampung kat Kelantan.
Actually, aku dah plan nak pi SOGO hari nie. Nak shopping skit :-). Maklumlah Mega sale kan dah nak abis. so, aku ingat nak la shopping apa yang aku dah listkan. Tapi, tup..tup..pagi tadi masa en. somi aku nak pi keje, dia stat la enjin keta aku tu......enjin tak mau stat la. Aduii! apa hal lak keta nie?....En. somi aku kata, bateri keta dah abis, sbb tu la tak leh stat. Alamak! abis la plan aku nak pi SOGO hari nie. Jawabnya dok umah la aku dgn Haikal.....huhuhuhuhu....


** Ermmm, tak lupa juga aku nak ucapkan tima kasih byk2 pada korang yang byk bagi nasihat dan sokongan di samping juga yg sudi kongsi masalah yg sama dgn apa yg aku alami sekarang ini. Walauapapun, aku tetap berdoa semoga baby aku ok.....

Wednesday, December 24, 2008

Gembira Campur Sedih....

Salam semua....

Rasanya dah 5, 6 hari kan aku tak update blog.....bukan apa....kesihatanku tak mengizinkan aku untuk berblog (ceewahhhh!) :)


Dalam entry yg lepas aku ada cakap nak bagitau korang satu berita gembira kan.....:-). Tapi sebelum tu aku minta maaf banyak2 sebab wat korang tertunggu2 nak tahu apakah berita gembira itu :-).

Fuhh! ramai betul yang teka berita gembira tu ialah aku peknen......Kalo nak tahu betul ke tak, jom tengok.....


*


*


*


*


*
*


*


*


*


*


*
*
*
Inilah dia jawapan kepada berita gembira itu :-)
Actually aku pun tak sangka yang aku nie peknen......Kalo ikutkan last period aku pertengahan bulan 10. Dalam pada tu aku kan tengah sibuk kemas/packing barang2 coz nak pindah umah pertengahan bulan 11 tu. So, bila dah ujung2 bulan 11 tu batu aku pasan yg period aku bulan ni tak dtg lagi....dah lambat dekat 2 minggu kan.....so, dgn rasa suspennya ku pun beli la alat test peknen. Test punya test......resultnya positive :-). Al-hamdulillah.......Haikal bakal dapat adik la nie...

So, untuk meng'confirm'kan lagi, aku pi cek kat klinik lak. Dan inilah report resultnya.......Masa ni doktor kata dah 4 minggu lebih.


Report hasil pregnancy test


Tapikan, aku ada masalah skit la peknen kali nie.....ada kuar darah, tak lah byk sgt darah yg kuar nie...sikit2 jer...warna pun cam coklat2 gitu.....risau gak aku....nape leh kuar darah ek?....kira cam bleeding la....tapi tak byk. Aku tanya doc, doc kata tak per....tu biasa jer utk trimester pertama peknen. So, doc bagi aku ubat asid folic dgn ubat utk kuatkan rahim. Cuma doc takut darah tu kuar banyak.....kalo banyak doc suh aku terus pi hospital cepat2.

Tapi, dalam 3, 4 hari nie....darah yg kuar warna merah.....sebelum nie warna coklat2 jer....risau lak aku. Sampailah hari nie darah still kuar lagi.....Ada sape2 yang pernah mengalami masalah camni tak masa peknen dulu? Kalo ada, leh la kongsi dgn aku ek.....risau la aku, takut pun ada nie.....


Ini lak gambar scan masa aku pi check up kali ke-2 kat Hospital Pusrawi. Doktor kata karung ada...baby ada.....tapi........jantung baby tak berdenyut/gerak. Aduh! lagi la aku risau.....so, doktor suh tunggu lagi seminggu nak tengok camner....kalo jantung baby tu tak berdenyut gak...maknanya tak jadi la. Huhuhuhuhu....sedihnya aku....

Scan pada 19 Dis 2008


Nampak tak baby dalam karung tu?

Bila dah tahu yang jantung baby tak gerak/berdenyut nie....lagi aku risau dan sedih. Walau apapun, aku tetap berdoa supaya tak der apa2 yang berlaku dan semoga baby ok je. Tapi kalo ditakdirkan tak der rezeki utk Haikal dapat adik, aku redha jer....maybe ada hikmah disebaliknya........

Appointment aku akan datang dgn doktor ialah pada 5 Jan 2009. Doakan semoga baby aku ok yea....

Thursday, December 18, 2008

Hai Semua....

Salam semua....apa khabar? Aku harap korang sumer sihat sejahtera :-). Lama rasanya aku tak bukak blog nie...rindu lak hehehehe....Maklumlah, aku kan kena pi kursus. Kat tempat kursus tu tak der wireless....kalo ada harus aku buka internet :-).

So, hari nie kalo ada masa terluang bolehlah aku jenguk & singgah blog kawan2 sumer.....mesti byk entry yg aku terlepas nie huhuhu.....

Ok lah, untuk entry seterusnya...aku nak bagitau korang satu berita gembira :-)...... Erm, apa dia ek????? So, tunggguuuuuuuu.......

Monday, December 15, 2008

Ada Kursus

Salam sumer......

Hari nie aku ada kursus laaa.....selama 3 hari ( 15 - 17 Disember 2008). Aku kena hadiri Kursus Pengurusan Dan Penghayatan Islam di Auditorium, Menara Integriti, Jalan Duta.

So, untuk 3 hari nie aku tak dapat nak update blog lerr.....huhuhu......

Saturday, December 13, 2008

Jalan-jalan Cari Makan

Yahoooo! akhirnya dapat gak aku makan Johnny's Steamboat nie....





Nie gara2 tengok kat blog kak mimi dan zura la nie....dorang penah makan kat sini dan dorang kata best Johnny's Steamboat nie...so, aku nak gak cuba hehehehe...

So, waktu rehat tengahari semalam (Jumaat) aku pi la Jusco Wangsa Maju dengan ofismate aku. Actually, aku pi Jusco sbb nak belikan Haikal suar jeans coz suar yang ada sumernya dah singkat. Cepat tul anak aku tu meninggi hehehehe LOL.

Alang2 kat JJ nie ada Johnny's Steamboat nie...apalagi, aku pun try arr.... :-)


Kita orang pilih SET B for 2 persons......
Sumer main campur jer sekali hehehe....
Dah tak sabar2 dah nak rasa hehehe

Jom makan......
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Dah abis dah......
Al-hamdulillah....kenyang dan sedap :-)
Kesimpulannya, Johnny's Steamboat nie memang sedap dan sesuai dengan selera tekak aku nie :-).

Friday, December 12, 2008

Budak Nangis

Nie ada sorang budak tengah nangis....eeeee tak malu.
Beriya-iya lak tu nangisnya.....



Sebenarnya Haikal nie mengantuk nak tido.....
Apa yang kita buat, sumernya tak kena....
Pastu mulalah dia mengamuk.
Bila bagi susu...dia tak nak plak......
Suh baring tido pun tak nak....
Sumer serba tak kena......geram tau....
Last2 biar jer haikal nangis puas2.
Dah letih nangis, baru dia mintak susu....pastu tido....
Fuhhh!....
Macam-macam peel Haikal nie....



** Kejadian ini berlaku dalam keta masa raya haji hari tu....on the way nak balik dari umah sepupu en. somi kat Taman putra Permai.


Thursday, December 11, 2008

Lenanya.....

Bestnya tido.....lena sungguh anakku tido. Aku suka tengok bila Haikal tengah tido, nampak tenang jer.... :-)

Haikal nie kalo tido mesti ada bantal busyuk dia tu. Bukan 1 tapi 2 bantal busyuk dia.....hehehehe. Kalo pi mana2 wajib bawak oooo. Sebabnya time Haikal hisap susu pun, dia akan cari bantal ni dulu....pastu baru leh minum susu.


Lena sungguh tido


Tak leh berenggan dengan bantal busyuk time tido

Kalo pi taska pun mesti bawak bantal busyuk nie.....pastu kena amik balik la tuk tido malam lak hehehehe.

Wednesday, December 10, 2008

Posto....Posto......

Sukanya....sukanya..... :-)
Nape aku suka ek??
Sebabnya aku ada tima 2 posto.
Balik dari makan tengahari tadi aku tengok ada 2 sampul surat kat atas meja aku....
Satu sampul dari sue-mama maryam :-)
Aku dapat hadiah MISTERI blog sue..... hehehe
Mekasih banyak2 sue....
Aku suka sangat dgn hadiah yang ko bagi nie...comel la....
Leh la aku berkipas lps nie hehehehe

Inilah hadiah yang aku dapat dari sue tu......Kipas Hiasan



Cantikkan......



Satu lagi sampul yang aku dapat ialah dari Fitti 360.
Ni sebenarnya pampers la.....aku minta sample hari tu.....
Aku amik borang dalam surat khabar :-)
Bolehlah bagi Haikal cuba......
Aku nie kalo nak tahu memang suka isi borang utk dapatkan benda yang free nie :-)


Ini dia bungkusan pampers tu....ada 2 keping saiz L

Dapat 4 voucher lagi...setiap satu RM 5 :-)

Malam nie bolehlah kasi Haikal try pampers Fitti 360 nie..... :-)

Tahniah!!

Untuk Pemenang Pengunjung Bertuah ke-1000...aku dah dapat pemenangnya......:-)

TAHNIAH! kepada Wanie yang dapat capture nombor 1000 nie. Inilah buktinya......


Kepada sepape yang tidak berjaya tu...sila cuba di lain hari ek......hehehehe (cam ada contest lagi jer lepas nie). Insyaallah....akan diusahakan untuk pengunjung bertuah yang seterusnya :-).

Tuesday, December 09, 2008

Pengunjung Bertuah!

sape nak hadiah??????

Kalo nak hadiah, korang kena jadi 'Pengunjung Bertuah' blog aku la.......yang ke - 1000.

So, bila korang masuk blog aku....tengok nombor kat side bar tepi tu yang tulis * Anda Pengunjung yang ke.....*. kepada sesape yang dapat nombor bertuah tu....print screen dan emailkan kat aku ek.....melati072003 at yahoo dot com.

Sekarang nombornya dah 900 lebih....
Cepat...cepat.....sape cepat dia dapat hehehehe.....

** Nantikan nombor pengunjung bertuah seterusnya :-)

Saturday, December 06, 2008

Happy Birthday Sayang!

Hari nie adalah hari ulangtahun kelahiran en.somi ku yang tercinta :-)

To Papa,

HAPPY BIRTHDAY SAYANG!



** Mama doakan semoga Papa panjang umur, sihat sejahtera, murah rezeki dan sentiasa menjadi somi yang baik untuk mama dan papa yang hebat untuk Haikal :-). We love you so much forever and ever.......



Happy Birthday.
We love you, Papa.
Haikal + Mama

Friday, December 05, 2008

Pemenangnya............

First skali aku nak ucapkan tima kasih banyak2 pada korang yang bagi jawapan pasai apa Haikal dok tongkat dagu camtu. Macam2 jawapan ada.......cam slogan Astro tu.....Macam-macam ada....hehehehe.

Ok lah, setelah aku meneliti jawapan yang korang bagi tu.....ada sorang jer yg bagi jawapan yang betul. Jeng...je...jeng......orang itu ialah Farah Amoi. Tahniah! kepada Farah kerana telah bagi jawapan yang betul kenapa Haikal dok menongkat dagu tu.....:-). Untuk makluman korang sumer, Haikal masa tu dok tengah tengok aku tengah bersiap2 pakai baju nak pi keje. pagi tu haikal bangun awal.....so, dia cam mamai la....pastu dia leh dok menongkat dagu camtu tengok aku bersiap2 pakai baju nak pi keje. Aku pun apalagi, amik la kamera snap pic dia yg dok camtu....suka tengok dia dok camtu sbb cam orang besar jer :-)

So, kepada Farah Amoi nanti emailkan alamat yer untuk proses penghantaran hadiah :-). Sila emailkan alamat ke melati072003@yahoo.com

Kepada sesape yang tidak berjaya tu......sila cuba lain kali yea.....(cewahhh!)



** Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA HAJI kepada semua umat Islam.

Wednesday, December 03, 2008

Berangan Ekkk....

Tengoklah anak bujang ku ini.......Tengah berangan ke apa.....ke tengah memikirkan sesuatu? Ermmmm, kan main lagi tangan tu tongkat dagu. Cuba korang teka.....nape Haikal dok camtu? Pasal apa ek?????





** Kalo sesape2 dapat teka dengan betul.......aku akan bagi hadiah :-). Kalo nak hadiah silalah jawab yea hehehehe.



Tuesday, December 02, 2008

Haikal......Haikal.....

Macam-macam tau perangai Haikal nie....cuba korang tengok Haikal tengah pegang apa tu? Bunga kantan kan.....



Actually, ni pic masa shopping kat Mydin USJ. Sambil2 dok tunggu en.somi pilih ikan & ayam, Haikal telah melakukan sesuatu yg pelik......nak tahu apa dia....?????

Jom tengok bawah tu.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Jeng...je..jeng.....

Tu dia......Haikal dok pulun gigit cam nak makan bunga kantan nie......aduiii!......Bila dilarang, dia marah kita lak. Ermmmm gigit ler Haikal ooiii....



Basikal Baru

Inilah Basikal baru Haikal tu.....Rabbit lagi :-)

Pandangan sisi

Tapikan.....bila basikal ni dah ada kat umah, Haikal bukannya nak naik sangat pun....gerammmm tau! Masa kat giant hari tu.....punyalah dia menangis iya2 nak basikal nie...bila dah beli, ada kat umah....dia wat tak layan jer dgn basikal nie...eeeee gerammm mama...
Kalo Haikal naik basikal nie pun, sekejap jer.....pastu dia main benda lain. Kita lak yg iya2 suh dia naik & main basikal tu.....iskh! iskh! Iskh!.......

Monday, December 01, 2008

Citer Hujung Minggu

Hari Sabtu


Petang sabtu kita orang pi giant puchong tuk beli barang2 dapur skit. Tiba2 camner ntah en. somi leh pegi kat bahagian menan nie....apalagi, Haikal dah nampak sesuatu. Dia nampak basikal tu....mulalah dia wat hal....nak naik basikal tu. Haikal wat giant tu cam umah dia sendiri, leh dia naik basikal tu sana sini keliling bahagian tempat menan tu.....sib baik la orang tak ramai kat situ :-)


Selamba dia jer naik basikal tu.....bukan kayuh pun......just tolak2 dgn kaki hehehe


Terpaksalah papa ngikut Haikal....
Bila papa nak amik dia.....punyalah kuat Haikal pegang handle basikal tu....tak mau lepas....
Time nak stopkan Haikal main basikal ni yg susah nie.....siap meraung2 nangis tak nak balik. Nak main gak basikal nie....aduii! Nak tak nak....terpaksalah papa belikan gak Haikal basikal nie.....huhuhu

Hari Ahad

Hari Ahad, hari semalam la kan :-). Tetiba lak aku nie terlebih rajin. Aku pun mulakan projek utk membuat Popia Nestum. Sedap popia nie...rangup jer :-)


Popia yg siap digoreng & belum digaulkan dgn nestum & gula

Popia selepas digaulkan dgn nestum & gula....


Masukkan dalam balang......

** Enak dimakan pada bila2 masa sahaja....sambil menonton tv, sambil borak2, sambil membaca dan suka hatilah nak makan waktu bila pun hehehehe

Friday, November 28, 2008

Jawab TAG - Yang Tak Der Tajuk

Tag lagikkk.......kali nie kena tag dgn Farah Amoi & Hirda.



1) Do you think you are HOT?
HOT ker?...tak der lah HOT mana pun...biasa ajer.....kan kalo aku HOT, susah lak en. somi aku tu......hehehehehe


2) Upload a pic of u?


3) Why do you like this picture ?
coz dikelilingi bunga-bungaan yg berkaler pink :-) + first time bawa Haikal pi Putrajaya + masa ni jugak first time bagi Haikal jalan sana...jalan sini.....lari sana...lari sini.....coz masa nie dia baru dapat kaki heheheh


4) When was d last time you eat pizza?
kalu pizza hut, 2 minggu lepas....makan sbb aku blanja kwn aku....

5) The last song u listen to?
Tak ingat arrrr...pagi td dgr byk sgt lagunya...hehehe



6) What are u doing right now besides doing this.
Makan nasi dgn tomyam + ayam goreng kunyit....sodapppp oooooo


7) What name u prefers besides yours?
Adam - the fisrt name of Haikal.......sbb aku yg bagi nama nie...yg lain en. somi yg tambah



8) People to tag?
1 ) Kak Mimi - Farhan & Emily
2 ) Yatie
3 ) Muhaiyom
4 ) Dilla Bangi

5) Ciklinn

9) Who is no. 1
Kak Mimi - kenal mula2 dekat FP......pastu jumpa kat FP Kids Gathering kat Tasik Titiwangsa.


10) No. 3?
Muhaiyom - Juga kenal kat FP....


11) Say something about no. 5
Ciklinn - Orangnya kecik molek jer.....penah jumpa kat tasik shah alam...& selalu gak chat dgn dia...


12) How about no. 4?-
Dilla Bangi - Aku suka tgk pics yg dia snap...cantik sgt2.....


13) Who is no. 2?
Yatie - Baru jer kenal...tu pun sbb aku suka masuk kuiz yg dia buat.....:-)

Thursday, November 27, 2008

Geram tau.....

Hehehehe...cam suspen jer tajuk tu kan......bukan geram apa pun. Cuma geram kat Haikal jer.....:-) Sekarang nie kalo lepas mandi, punyalah susah nak pakaikan pampers kat dia. Dia leh siap lari2 lagi tak nak pakai. Kalo dulu aku umpankan handphone kat dia...baru leh pakaikan pampers. Sekarang nie dia tak layan dah handphone nie.....aduiii! Kadang2 tu aku buatkan dia susu siap2.....lps mandi jer bagi susu kat Haikal. Bila Haikal tengah hisap susu sambil baring, barulah boleh pakaikan pampers dan baju....
So, nampaknya sekarang aku kena pikirkan taktik lain la pulakkkkk......hehehehe....


Haikal dok khusyuk tgk tv...aku panggil pun dia wat tak tau jer.....gerammm tau! sempat sapu bedak jer kat badan dia....last2 papa haikal pi wat susu bagi dia hisap, barulah leh pakaikan pampers dan baju.......

Wednesday, November 26, 2008

Rehat Di Hujung Minggu

Ini citer hujung minggu lepas hari sabtu diwaktu pagi. En. somi keje......so, tinggallah aku berdua dok umah dgn Haikal merehat dan merilekskan diri masing2 :-). Sambil2 tu aku melayan Haikal tengok tv-Astroceria. Kalo tak buka channel Astroceria memang tak sah.



Haikal tengah dok ralit tengok tv....citer ADI & AYAH

Ralit sangat.....sampai kuih kat tangan pun tak termakan hehehe

Sampai berkerut-kerut dahi tu haaa

Khusyuknya dia......


Hari Sabtu tu memang kita orang duk umah jer sampai petang, tak gi mana2 pun coz en. somi keje la. Malamnya baru la kita orang kuar....pi umah ila. Ada besday bash Afiq :-)

Tuesday, November 25, 2008

Main Kat Playground

Petang semalam balik dari keje aku terus amik Haikal kat taska. Bila aku sampai kat taska....Haikal tengah dok main menan. Bila nampak jer aku, terus dia campak menan tu & lari ke arah aku :-). Tak sabar2 nak balik.....hehehe

Lepas tu bila papa Haikal balik dari keje, terus kita orang bawak Haikal pi main kat playground kat taman umah tu.....



sampai taman jer...terus pi panjat tangga tu....

Pose dulu sebelum main hehehe

Bestnya gelongsor........
"Mama, jom la main sama"

Rehat jap...penat laa....

nak balik dah......esok datang main lagi


Nampaknya tiap-tiap petang la aku dan en. somi kena bawak Haikal pi main kat playground nie. Tak kisah lah, janji Haikal happy dan sonok...... :-)

Monday, November 24, 2008

Hari Pertama Untuk Haikal

Hari nie hari pertama aku hantar Haikal ke TASKA QASEH UMMIKU SAYANG. Taska nie baru bukak dan beroperasi bulan nie...so, budak tak ramai lagi ada dalam 3 orang camtu...campur Haikal jadi la 4 orang. Ok la kan tuk Haikal menyesuaikan diri dulu time budak2 tak ramai nie.


Harap2 Haikal leh sesuaikan diri dengan tempat baru nie. Actually, Taska nie dekat jer dgn umah aku....kat barisan belakang umah aku :-). Pagi tadi (kul 7pg) bila aku dgn en. somi kuar nak pi hantar Haikal.......Haikal masih tido lagi. Bila sampai jer kat taska tu dia bangun. Pastu elok jer dia senyum2 sambil baring kat taska tu. Bila aku nak kuar.....Haikal tak wat heran jer dgn mama dan papa dia nie....nak salam pun dia tak nak....iskh! iskh! iskh!


Ini dia budak yang kena duk kat taska

** Mama harap Haikal suka tempat baru nie.....jangan nakal2 yea....


Sebenarnya aku dan en. somi terpaksa gak wat keputusan tuk hantar Haikal kat taska yg dekat dgn umah disebabkan oleh beberapa sebab :

1) Kesian kat Haikal pagi2 dlm kul 6.40pg dah kena angkut naik keta kalo hantar kat umah pengasuh yg lama.

2) Susah nak handle Haikal bila aku tgh drive waktu nak balik coz haikal tak nak dok dalam car seat dia....setakat 10 minit pertama ok la....pastu mulalah dia wat hal....aduiii!

3) Rasa cam rugi jer minyak keta sbbnya kena kuar masuk hantar Haikal ke umah pengasuh, pastu kuar balik ke jalan besar.....

4) Tak menyusahkan en. somi bila aku ada program atau outstation. Kalo tak en. somi kena patah balik lps hantar Haikal nak pi keje.


~ Tadi tengahari dalam kul 12.15 aku call cikgu kat taska Haikal tanya keadaan Haikal. Cikgu dia kata haikal ok jer....tengah dok hisap susu....dah makan nasi dah.....Haikal tak nangis pun. Fuhh! lega hati mama dia ni haa....:-)


Afiq Amani's 2nd Besday Bash

Tarikh : 22 Nov 2008
Hari : sabtu
Masa : 8.30 malam
Tempat : Umah Afiq
Tema : Animals & Hijau + Putih

First sekali tima kasih pada ila coz sudi jemput kita orang ke besday bash Afiq....nie first time aku nak jumpa ila & afiq nie.....:-)

Kita orang sampai dah kul 9 lbh dah....terlepas acara cake cutting huhuhuhu.....kita orang lambat pasal apa tau....aku lupa nak print map umah ila sebenarnya.....nak bukak blog ila nak tgk map....tak leh lak sbb internet tak der lagi kat umah...baru nak tukar line. So, aku pun SMS la hirda tanya kat dia...sib baik hirda bagi direction ke umah ila....thank you hirda.....:-)
i lap u hehehhe


Ini dia besday boy & maknya


Kek besday......


Acara potong kek.....

(terlepas acara nie huhuhu)

Pose ramai-ramai dgn mommies

dan lagi.....


** Thanks to Hirda & Kak Mimi......aku cilok pics ni from blog dorang heheheh. Dalam kamera aku tak der pics ni sumer huhuhu....

** Pics Haikal pun tak der gak ok....coz Haikal dok dgn papa dia kat luar umah....

** Harap Afiq suka hadiah dari Haikal :-)