Thursday, January 28, 2010

Adik Suka Hisap Jari....

Adik suka sangat hisap jari. Time dia duk diam2 sorang2, bila tak der orang layan dia borak....mulalah adik hisap jari. Abis lima2 jari masuk dlm mulut. Pastu abislah basah tangan tu dek air liur huhuhu.....

Ada yang kata, kalo budak hisap jari nie.....budak yang baik. Al-hamdulillah kalo mcm tu :-). Hopefully, adik jadi budak yang baik lah yea sayang :-).

Tapi, setakat ni adik memang senang dijaga.....tak banyak karenah dan peel. Menagis time nak susu dan time dia dah ngantuk jer.....Kadang2 adik menangis sbb tak der sape nak layan dia borak hehehehe.....


Aduhai....sedap ke hisap jari tu dik oiiii??? :-)






Tuesday, January 26, 2010

Demam.....



Kesian kat Dania....Hari semalam (Isnin) dia demam. Hari sabtu ahad tu Dania ok jer. Cuma Abang Haikal je yang demam. Tu pun kejap jer demam nya.....Hari Ahad tu dah baik dah demam Abang Haikal. Maybe Dania jangkit dgn Abang Haikal kot....

Pagi isnin tu dalam kul 5.30 pagi, badan Dania panas. Bila check suhu...tgk2 38.6C. Cian Dania....asik nangis je dia....nak hisap susu pun tak selesa coz ada selsema plak. Pastu, terus mandikan Dania. Lepas mandi tu memang tak pakaikan baju.....just pakai pampers jer....dan lap2 badan dia dgn kain basah......nak bagi suhu panas tu turun.


Al-hamdulillah, dalam kul 9 pagi, suhu badan Dania dah turun....dlm 37.6C. Lega sangat2....

Pastu terus bagi ubat demam dgn ubat selsema.....

Hari ni, Dania dah baik dari demam.....cuma selsema je ada lagi. Harap2 Dania akan baik sepenuhnya....

Lepas mandi....Dania tertidur....

Kesian my lil' girl nih.....

Tengahari Dania dah okay!


Dah boleh senyum dah :-)......


Semoga anak mama ni cepat sihat, tak mo sakit2 yea..... :-).

p/s: emm, korang ada tak petua nak hilangkan selsema kat baby?.... Ada sesape tahu tak?




Wednesday, January 20, 2010

I'm Already 3 Months!


Hari nie Dania genap 3 bulan.....kejap je rasa masa berlalu kan....dah pun 3 bulan usia anak pompuan aku nie....hehehehe.

Tak sabar nak tunggu Dania besar coz nnt leh jadi kawan mama kan hehehe... coz Haikal dah geng dgn papa....huhuhu....


Perkembangan Dania :

1. Dah pandai ajak kita borak.....kalau kita layan dia borak...lagi la dia suka...
2. Suka sgt senyum/tersengih bila kita panggil nama dia....
3. Dah boleh hisap susu botol dgn baik.
4. Dah boleh mengiring ke kiri & ke kanan.....tak lama lagi meniarap la Dania nie :-)
5. Suka hisap jari.....


Suka sgt dgn pic nie....Dania senyum manis gitu :-)





** Semoga Dania membesar bagai juara :-)


Tuesday, January 19, 2010

Bangun Pagi-pagi....

Budak kecik nie pagi2 lagi dah bangun. Kadang2 tu seawal jam 5 pagi Dania dah bangun dah kejutkan mama dia :-).
Hari2 lak tu Dania bangun pagi. Bila Dania dah bangun, terpaksalah aku pun bangun jugak kan......huhuhu....terlepaslah masa tido aku yg lagi setengah jam tu. Biasanya aku bangun kul 5.30 pagi.....

Dania ni biasanya tido lps maghrib....pastu mmg tak bangun2 dah atau pun berjaga. Just merengek2 utk minum susu jer.....pastu tido balik. Tu yg pagi2 dia dah bangun tu.


Bila Dania tak tido ni, kenalah melayan dia lak....borak2 dgn dia.....sambil2 aku bersiap2. Dania pun layan jer tangok mama dia tengah bersiap2 nak pi keje.



Dania yg ralit dok tgk mama bersiap....


Jap lagi Dania kena duk kat taska....



Friday, January 15, 2010

Cabutan Bertuah MDM 2010

Hehehehe...nak masuk contest lagi la.....Mana tau ada rezeki utk menang ker..... :-). Bolehlah pi bercuti kat Bukit Gambang Water Park tu. Lagipun, tempat tu memang salah satu dlm list aku utk pi bercuti dgn family......






so guys...syarat2 untuk menjoinkan diri untuk Cabutan Bertuah MDM 2010 nye adalah :

1) Terbuka kepada semua bloggers tak kira lelaki ke perempuan;

2) Buat 1 entry khas bertajuk Cabutan Bertuah MDM 2010;

3) Letakkan banner di atas di dalam entry dan di sidebar, link kan ke entry ini

4) Mestilah dan wajib jadi follower blog ini (sebab nak bagi hadiah untuk follower kan);

5) Tarikh tutup adalah 10 Februari 2010, jam 1.00 am);


tetapi, ada tetapi tu....pada 16hb Januari 2010 jam 2 petang ada 2 cabutan akan dilakukan untuk hadiah VOUCHER PERCUMA BUKIT GAMBANG WATER PARK KUANTAN, PAHANG setiap seorang. nama akan diumumkan pada hari yang sama 16hb Januari 2010 jam 3 petang dan akan diposkan kepada 2 follower bertuah ini pada hari 17hb januari 2010...sekiranya pada 16hb januari 2010 tidak ada respon diberikan daripada yang bertuah, maka kepada penyertaan yang sebelum 16hb ini hendaklah meng EMEL kan kepada saya nombor telefon anda supaya mudah saya hubungi dan bertanya alamat, kerana saya ingin poskan dengan segera pada hari AHAD 17hb Januari 2010. emelkan ke azrisha03@yahoo.com
jadi apa tunggu lagi....


6) Letakkan Nama anda di sini (ruangan komen), dan bagi link direct ke entry yang telah anda buat......

7) 2 cabutan seterusnya akan dilakukan pada 21hb Januari 2010, jam 11.59 malam dan akan diumumkan pada 22hb Januari 2010. dan akan diposkan pada 23hb januari 2010.

8) 6 cabutan seterusnya akan dibuat selepas 10 FEBRUARI 2010.






Thursday, January 14, 2010

Gerhana Matahari - 15 Januari 2010

GAMBARAN KETIKA GERHANA

Pada :
15 Januari 2010
Hari Jumaat (Esok)

************************************************************
Masa mula Gerhana: 2:55 Petang
Masa tamat Gerhana: 5:45 Petang
Jenis Gerhana: Separa












Wednesday, January 13, 2010

AlmariAdel - New Year Giveaway

Ini contest giveaway yang ke-2 yg aku sertai utk tahun nie....Harap2 ada harapan utk menang yea hehehehe......





nak join?

syarat2 mudah je.....

1. Jadi fOllOwer AlmariAdel + add AlmariAdel kat blOglist u'ols

2. Tempek la banner giveaway nie kat sidebar

3. Buat satu entry mengenai giveaway ni yang bertitle, AlmariAdel - New Year Giveaway.
Jangan lupa letak pic kat atas tuh, OK~!!

4. Tinggalkan link entry u'ols pada bahagian cOmment entry ni5. Closing date : 20.1.2010



Hadiah MISTERI menanti anda!!!
Pemenang akan dipilih melalui cabutan yang akan dilakukan oleh DaddyAdel & nama² pemenang akan diumumkan selewat²nya pada 24.1.2010...






Si BOLAT Dania



Ini dia si BOLAT Dania.....hehehehe
Dari sehari ke sehari.....Dania nie makin lama makin bolat.
Geram sgt dengan pipi dia yang dah labuh tu hehehe...

Al-hamdulillah, sekarang Dania dah pun boleh hisap susu dalam botol dengan baik.
Kalau sebelum nie aku mmg risau sangat nak tinggal pi keje
coz Dania tak nak hisap susu melalui botol.
Dania hanya nak hisap susu direct dr aku jer (susu cap gantung) hehehe...
Dah macam2 jenis puting dah aku try bagi....tapi, sumernya tak menjadi.

Akhirnya, jumpa gak puting yang sesuai utk Dania :-)
Sekarang Dania guna puting brand PIGEON yang kaler kuning tu....puting tu lembut sangat2.
Harga pun leh tahan gak.... RM 5 satu. Emm, tak kisahlah mahal pun, janji Dania nak hisap.
So, tak der lah aku risau sgt time tinggal dia pi keje kan....:-)


Dania yang BOOOOLAT....


Dah pandai tengok kamera....


Alaa....cayangggg...


Sebijik cam muka Haikal ms kecik hehehe





Tuesday, January 12, 2010

Kasih Seorang Abang

Aku sangat2 suka dengan gambar2 ni sumer.....

Bila tengok gambar2 nie, nampaknya Haikal dah boleh diharap....dah boleh jaga adik nie, dah boleh riba adik..... Ermm, kalau mcm nie, senanglah mama nak buat keje umah kan...nak masak ke.... :-)

Haikal suka sangat kiss adik....kalu kiss mesti 3 tempat. Satu kat pipi kanan, dua kat pipi kiri dan tiga kat dahi :-). Kadang2 rimas adik dibuatnya....hehehhe...Tapi, tu mmg stail Haikal kalo kiss sesapa pun....kiss mama ke...kiss papa ke...kiss sape2 lah...mesti kat 3 tempat tu....:-)










Monday, January 11, 2010

Adrini’s 1st Giveaway



Nak try join giveaway yang pertama untuk tahun ini....

Adrini's 1st Giveaway yang ditaja bersama oleh http://krochetshop.blogspot.com


1. Tulis entry bertajuk "Adrini’s 1st Giveaway ".
2. Letak banner di sideboxes dan link kan kepada http://www.adrinis.com/blog

3. Letakkan link http://krochetshop.blogspot.com/sebagai penaja bersama.
4. Lepas tu tinggalkan komen dengan link sebagai tanda penyertaan kawan-kawan.Amacam? Simple je kan? Hehehehhehe.


Tarikh tutup giveaway ni adalah sebelum 11.59pm pada 15 Januari 2010.
Sebanyak 3 orang pemenang akan dipilih secara rawak.

Sunday, January 10, 2010

Abang Long Haikal

Dah besar dah Haikal nie....bulan depan Haikal genap 3 tahun.

Dah nak masuk 3 tahun nie....kenalah ajar Haikal utk diapers free. Skrg Haikal still lagi pakai pampers....Kalo Haikal dah diapers free, jimatlah skit duit utk beli pampers kan.....just beli pampers utk adik jer..... :-)












Friday, January 08, 2010

Dania Lagi.....

Geram jer tgk gambar Dania nie.... masa nie Dania dah 57 hari.
Suka cubit pipi Dania yang bam bam tu....hehehe...

Layan jel ah yea gambar2 anak dara ku ini....:-)