Tuesday, January 05, 2016

Haikal Berkhatan

Al-hamdulillah.....tercapai gak hajat nak berkhatankan haikal cuti sekolah hari tu. Yea lah dia dah nak masuk 9 tahun kan....dah besar dah. Kena la berkhatan.....

Jenuh mama dok cari klinik dan call tanya harga serta kaedah yg digunakan. Dalam pada dok cari tu jumpalah satu klinik ni....harga pun ok...kira murah gak la.

Kami pilih KLINIK AJWA kat Seksyen 7 Shah Alam. Harga RM 130.00 untuk kaedah laser.

So, buatlah appointment ada 27 NOVEMBER 2015 hari Jumaat jam 11.00 pagi.


Seminggu sebelum tu dah bagitau kat Haikal yg kami nak khatankan dia. Mula2 dia excited. Siap cakap x sakit pun.....hehehe...


Dan tibalah pada hari kejadian.......


Dari rumah dia tak terus pakai kain pelikat, pakai seluar dulu. Nanti dah kat klinik baru tukar.


 Masa ni tengah tunggu doktor panggil. Muka dah cuak takut tu.....hehehe...

 Taraaa.....dah siap pun berkhatan. Good Boylah abang!
Siap cakap sakit skit jer..... Tapi masa doktor cucuk ubat bius tu nangis gak la en. somi bgtau. Mama x berani nak teman skali....hihi

 Ini bilnya.....murahkan...

Ini ubat yg dia bagi.... Ubat tahan sakit dan ubat sapu jer....


**Dah bujang dah anak mama....






No comments: