Wednesday, January 14, 2009

At Masjid Shah Alam


Haikal sekarang dah pandai.....
Bila nampak jer masjid mesti dia akan azan....
Aku pun tak tahu sape yg ajar dia psl nie....
Terkejut gak aku bila first time Haikal nampak masjid,
terus dia angkat tangan letak kat telinga pastu dia azan......
Haikal sebut "baaaaaakkkkk.......baaaaaakkkkkk.....baaaaakkkk"
Aku rasa maybe sbb Haikal selalu tgk dan dgr azan kat tv kot....
Klu korang nak tahu, Haikal nie mmg suka dgr azan yg kat tv tu.....
Dia akan berdiri depan tv sampailah azan tu abis :-)

Tapi yg kelakarnya......
asal Haikal nampak jer bangunan yang ada cam kubah masjid tu,
terus dia letak tangan kat telinga pastu azan hehehehe....
Ini kita orang saje2 bawak Haikal jalan2 ke masjid nie
sbb dari dalam keta lagi dia dah nampak masjid nie.....
Pastu dok sebut baaaakkkkk......baaaaakkkkkk.
So, kita org bawaklah Haikal masuk dalam kwsan masjid nie....
Biar dia puas hati skit dpt tgk masjid dari dekat :-)



Haikal dah angkat tangan tu nak azan :-)

Besarnya masjid nie....
Luasnya kwsan masjid nie.....



Sukanya dia.....
Pose istimewa dari Haikal :-)

dan lagi.....

Ralitnya.....tengok apa tu?
Pose dgn mama lak.....kan main lagi dua2 letok hehehehe
dgn mama lagi.....

Haikal tgk apa tu?

Tuesday, January 13, 2009

Lepak Kat Taman Tasik

Lepas bekpes kita org bawak Haikal pi main2 kat taman tasik yg dekat dgn muzium Shah Alam tu.....

Salah satu view kat tasik tu....


Seiring sejalan.....

Haikal dok tarik tangan papa ke tepi sbb dia nak tgk air kat bawah tu....

Banyaknya air......
Tapi tak der fish laa....

Masa nie Haikal dok usha air dlm kolam tu.....pastu siap nak turun lagi hehehe


Lepas tu Haikal main kat playground lak

Naik gelongsor lak....

Tengok apa tu?


Dok tgk bird kat atas pokok...

Alaaa...bird dah ilang....


Mana bird nie?.....Haikal dok cari bird yg terbang pi mana ntah.....

Bab nak ajak balik nie yg payah skit nie....Haikal dah nangis2 tak mo balik huhuhu...
Susah oooo nak ajak dia balik....


Monday, January 12, 2009

Jom Bekpes....

Ini citer di pagi hari minggu. Kita orang pi bekpes kat Shah Alam :-).
Kat Restoran Azira.....kat Seksyen 10 rasanya klu tak silap aku.
Dekat2 dgn Masjid Shah Alam tu......
Aku suka sgt bekpes kat sini sbb makanan dia banyak dan yang paling
aku suka ialah bubur nasi dia :-)
Memang ramai orang datang makan kat restoran nie.....
Aku selalu pi kul 9 lebih camtu.....


Lambat lagi ke nak sampai nie papa?

Haikal dah lapar la.....

Ini dia bubur nasi yg aku suka tu.
Haikal pun suka gak.
Banyak dia makan.
Haikal siap makan sendiri lagi...tak nak klu aku nak suapkan....

Ini lak en. somi aku punya :-)
Yummm....yummm.....
Al- hamdulillah....kenyang...:-)
**Lepas bekpes, kita org bawak Haikal pi taman tasik lak. Saje nak bagi Haikal kebebasan :-)
Citernya di entry yg akan dtg yea :-).

Thursday, January 08, 2009

Haikal 23 Months

Hari nie 8 Januari 2009
Haikal genap 23 bulan
So, another 1 month to go....... 2 years :-)


** Sekejap jer masa berlalu kan....dah nak masuk 2 tahun dah Haikal nie...... :-)



Pakailah Tali Pinggang Keledar

Seperti yang korang sumer tahu.......kerajaan kan dah kuatkuasakan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang pada 1 Januari 2009 yang lalu.

So, aku dengan bangganya try la testing kat Haikal pakai tali pinggang keledar ni. Nie masa kita orang kuar nak pi Mydin USJ. Disebabkan kita orang kuar pada tarikh 1 Januari 2009 tu.......jadinya kenalah pakai tali pinggang keledar ni kan.....:-)



Taraaa.......inilah dia hasilnya :-).
Tapi hanya boleh bertahan pakai tali pinggang keledar untuk 10 saat pertama je ok. Tak sampai satu minit pun hehehehe.......Camner tu?????
Pastu Haikal terus bangun dan dok berdiri camnie.......
Budak-budak nie mana suka dok statik jer.....boring la dorang. Budak2 kan suka tengok kat luar, pandan sana...pandang sini...... Takkan nak paksa lak suh pakai tali pinggang keledar tu. Kan dibuatnya mengamuk, menagis, meraung ke.... satu hal la plak. Kalo nak guna car seat, Haikal nie dah tak nak dah dok dalam car seat tu. Skit2 nak bangun....Adusss! camner nak buat nie???? Ini untuk budak2 yang baya Haikal la kan......Kalo yang besar2 tu dalam umur 4, 5 tahun dah ok dah aku rasa. Tak derlah susah sangat kalo nak suh dorang pakai tali pinggang keledar tu kan.....Apa pendapat korang sumer????? :-)

Wednesday, January 07, 2009

Playland @ Jusco IOI Mall Puchong

Ini cerita sebelum Hari Krismas yang lepas. Kita orang pegi Jusco IOI Mall Puchong coz en. somi nak shopping baju dan suar keje dia. So, aku & Haikal ikut la.....hehehehe.

Dalam pada dok memilih baju & suar en. somi tu, Haikal ternampaklah la plak playland nie. Adusss! Haikal nak main kat situ. So, terpaksalah bawa Haikal main kat sini. Mula2 tu jus main & naik ride yg ada kat situ jer.....tak masuk duit pun.


Haikal just main2 pusing stereng jer.....











Semua ride yang ada kalo boleh Haikal nak naik. Pastu siap berebut lagi tu dgn budak lain hehehehe. haru jer anak aku nie......

Pastu Haikal nampak lak budak2 dok main yang kat dalam tu.....yang kena bayar tu......Asik tunjuk2 je nak masuk dalam tu......Ermmm, terpaksalah aku bagi dia masuk. Kenalah bayar RM 6. Bukan main suka lagi Haikal dapat masuk dalam nie main. Penat gaklah aku dok mengejar dia ke sana ke sini.......Tapi, aku rasa puas hati sgt sbb Haikal enjoy abis. En. somi aku lak leh shopping dgn senang hati sbb anak dia tak kacau dia hehehehe :-).


Nampak sangat Haikal enjoy & fun main kat sini





Haikal suka sangat main yang panjat2 nie.....aku risau takut dia jatuh jer....


Pastu gelonsor camnie.......


Naik plak benda nie....



Nampak cam dah letih dah......Selamba dia je baring kat situ hehehehe


Yang nie lagi selamba.......Suka hati dia jer hisap susu kat tempat budak2 nak main hehehe. Dah dahaga sangat lah tu :-)


Nampak gayanya aku kena bawak Haikal sebulan sekali la main kat sini sebabnya aku tengok Haikal memang enjoy abis. Nampak sangat dia sonok :-).

** Sape nak hadiah???? Kalo korang nak hadiah, korang kena capture hit number nie 1707. Aku suka sangat dgn nombor nie sbb ini tarikh lahir aku :-)

Kepada sesapa yang dapat capture no 1707 nie, sila print screen dan email kat aku yea kat sini melati072003@yahoo.com




Monday, January 05, 2009

Tahun Baru....Azam Pun Baru....

Al-hamdulillah...hari nie dah pun 5 hari kita semua di tahun baru :-). Semoga tahun baru ini akan membawa lebih keceriaan kepada kawan2 semua dan juga pada aku :-).

So, bila dah masuk tahun baru...mesti ada azam baru kan?......Ermmm, apa azam korang ek? Azam tahun baru aku lak....aku nak terus berusaha untuk bagi Haikal adik hehehehe.....Yealah, tahun lepas tak kesampaian nak bagi Haikal adik. Insyaallah, kalo ada rezeki....tahun nie bolehlah bagi Haikal adik.....bukan apa, kesian tengok Haikal asik main sorang2 jer...tak der kawan :-)

Oklah, aku wish korang semua yang terbaik dalam kehidupan harian dan juga dalam kerjaya. All the best to you all!



Kalender Januari 2009 sebagai pembuka tahun baru :-)

** 8hb. Januari 2009 nie Haikal genap 23 bulan ( 1 tahun 11 bulan). Sebulan je lagi Haikal nak masuk umur 2 tahun. Tak sabarnya aku nak tunggu tarikh tu.......tak sangka lak, kejap je Haikal dah besar :-). Ermmm, skang nie aku tengah dok pikir plan tuk wat besday bash utk Haikal nanti.....insyaallah.....:-)

Wednesday, December 31, 2008

Sedih Dan Redha

Ermmm, pejam celik...pejam celik......dah pun nak abis tahun 2008 kan..... Maka detik 12 malam ini akan muncullah TAHUN BARU 2009.




Bagi aku, utk tahun 2008 nie…segala apa yg berlaku ke atas aku baru-baru ini, aku terima dan redha seadanya. Maybe korang tertanya2 kan apa yg telah berlaku? Atau ada yg dah dapat agak apa yg berlaku.

Seperti yg korang sumer tahu…..sebelum nie kan, aku ada citerkan pasal masalah aku semasa peknen dan masalah baby aku yg tak der heartbeat tu kan….

Sedih memang sedih……tapi nak wat camner. Aku terima apa yg berlaku ke atas aku. Hari Jumaat lepas 26/12/2008 lebih kurang dalam kul 1o lebih camtu…aku rasa sakit perut yg amat sangat. Pastu darah kuar makin banyak. Aku dah rasa lain macam dah….dah dapat agak apa yg akan berlaku. So, en. Somi terus hantar aku pi hospital KPMC. Bila sampai sana, doc check apa yg patut…..then, doc cakap baby aku dah gugur. So, doc kata kena wat D&C. Hari tu jugak aku wat D&C tu…..Masa wat D&C tu aku tak rasa sakit coz aku dibius sepenuhnya (tidur). Lepas sedar tu, aku rasa sedih sangat……Tapi, aku tetap redha dan terima atas apa yg berlaku nie. Maybe ada hikmah disebalik semua ini dan belum rezeki haikal lagi nampaknya nak dapat adik :-)



Aku dok kar ward satu hari jer.....kul 9.00 malam leh balik umah dah....Doktor bagi aku MC lapan hari.....





Dikesempatan ini juga...aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009.