Thursday, December 11, 2008

Lenanya.....

Bestnya tido.....lena sungguh anakku tido. Aku suka tengok bila Haikal tengah tido, nampak tenang jer.... :-)

Haikal nie kalo tido mesti ada bantal busyuk dia tu. Bukan 1 tapi 2 bantal busyuk dia.....hehehehe. Kalo pi mana2 wajib bawak oooo. Sebabnya time Haikal hisap susu pun, dia akan cari bantal ni dulu....pastu baru leh minum susu.


Lena sungguh tido


Tak leh berenggan dengan bantal busyuk time tido

Kalo pi taska pun mesti bawak bantal busyuk nie.....pastu kena amik balik la tuk tido malam lak hehehehe.

Wednesday, December 10, 2008

Posto....Posto......

Sukanya....sukanya..... :-)
Nape aku suka ek??
Sebabnya aku ada tima 2 posto.
Balik dari makan tengahari tadi aku tengok ada 2 sampul surat kat atas meja aku....
Satu sampul dari sue-mama maryam :-)
Aku dapat hadiah MISTERI blog sue..... hehehe
Mekasih banyak2 sue....
Aku suka sangat dgn hadiah yang ko bagi nie...comel la....
Leh la aku berkipas lps nie hehehehe

Inilah hadiah yang aku dapat dari sue tu......Kipas Hiasan



Cantikkan......



Satu lagi sampul yang aku dapat ialah dari Fitti 360.
Ni sebenarnya pampers la.....aku minta sample hari tu.....
Aku amik borang dalam surat khabar :-)
Bolehlah bagi Haikal cuba......
Aku nie kalo nak tahu memang suka isi borang utk dapatkan benda yang free nie :-)


Ini dia bungkusan pampers tu....ada 2 keping saiz L

Dapat 4 voucher lagi...setiap satu RM 5 :-)

Malam nie bolehlah kasi Haikal try pampers Fitti 360 nie..... :-)

Tahniah!!

Untuk Pemenang Pengunjung Bertuah ke-1000...aku dah dapat pemenangnya......:-)

TAHNIAH! kepada Wanie yang dapat capture nombor 1000 nie. Inilah buktinya......


Kepada sepape yang tidak berjaya tu...sila cuba di lain hari ek......hehehehe (cam ada contest lagi jer lepas nie). Insyaallah....akan diusahakan untuk pengunjung bertuah yang seterusnya :-).

Tuesday, December 09, 2008

Pengunjung Bertuah!

sape nak hadiah??????

Kalo nak hadiah, korang kena jadi 'Pengunjung Bertuah' blog aku la.......yang ke - 1000.

So, bila korang masuk blog aku....tengok nombor kat side bar tepi tu yang tulis * Anda Pengunjung yang ke.....*. kepada sesape yang dapat nombor bertuah tu....print screen dan emailkan kat aku ek.....melati072003 at yahoo dot com.

Sekarang nombornya dah 900 lebih....
Cepat...cepat.....sape cepat dia dapat hehehehe.....

** Nantikan nombor pengunjung bertuah seterusnya :-)

Saturday, December 06, 2008

Happy Birthday Sayang!

Hari nie adalah hari ulangtahun kelahiran en.somi ku yang tercinta :-)

To Papa,

HAPPY BIRTHDAY SAYANG!



** Mama doakan semoga Papa panjang umur, sihat sejahtera, murah rezeki dan sentiasa menjadi somi yang baik untuk mama dan papa yang hebat untuk Haikal :-). We love you so much forever and ever.......



Happy Birthday.
We love you, Papa.
Haikal + Mama

Friday, December 05, 2008

Pemenangnya............

First skali aku nak ucapkan tima kasih banyak2 pada korang yang bagi jawapan pasai apa Haikal dok tongkat dagu camtu. Macam2 jawapan ada.......cam slogan Astro tu.....Macam-macam ada....hehehehe.

Ok lah, setelah aku meneliti jawapan yang korang bagi tu.....ada sorang jer yg bagi jawapan yang betul. Jeng...je...jeng......orang itu ialah Farah Amoi. Tahniah! kepada Farah kerana telah bagi jawapan yang betul kenapa Haikal dok menongkat dagu tu.....:-). Untuk makluman korang sumer, Haikal masa tu dok tengah tengok aku tengah bersiap2 pakai baju nak pi keje. pagi tu haikal bangun awal.....so, dia cam mamai la....pastu dia leh dok menongkat dagu camtu tengok aku bersiap2 pakai baju nak pi keje. Aku pun apalagi, amik la kamera snap pic dia yg dok camtu....suka tengok dia dok camtu sbb cam orang besar jer :-)

So, kepada Farah Amoi nanti emailkan alamat yer untuk proses penghantaran hadiah :-). Sila emailkan alamat ke melati072003@yahoo.com

Kepada sesape yang tidak berjaya tu......sila cuba lain kali yea.....(cewahhh!)



** Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA HAJI kepada semua umat Islam.

Wednesday, December 03, 2008

Berangan Ekkk....

Tengoklah anak bujang ku ini.......Tengah berangan ke apa.....ke tengah memikirkan sesuatu? Ermmmm, kan main lagi tangan tu tongkat dagu. Cuba korang teka.....nape Haikal dok camtu? Pasal apa ek?????





** Kalo sesape2 dapat teka dengan betul.......aku akan bagi hadiah :-). Kalo nak hadiah silalah jawab yea hehehehe.



Tuesday, December 02, 2008

Haikal......Haikal.....

Macam-macam tau perangai Haikal nie....cuba korang tengok Haikal tengah pegang apa tu? Bunga kantan kan.....



Actually, ni pic masa shopping kat Mydin USJ. Sambil2 dok tunggu en.somi pilih ikan & ayam, Haikal telah melakukan sesuatu yg pelik......nak tahu apa dia....?????

Jom tengok bawah tu.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Jeng...je..jeng.....

Tu dia......Haikal dok pulun gigit cam nak makan bunga kantan nie......aduiii!......Bila dilarang, dia marah kita lak. Ermmmm gigit ler Haikal ooiii....



Basikal Baru

Inilah Basikal baru Haikal tu.....Rabbit lagi :-)

Pandangan sisi

Tapikan.....bila basikal ni dah ada kat umah, Haikal bukannya nak naik sangat pun....gerammmm tau! Masa kat giant hari tu.....punyalah dia menangis iya2 nak basikal nie...bila dah beli, ada kat umah....dia wat tak layan jer dgn basikal nie...eeeee gerammm mama...
Kalo Haikal naik basikal nie pun, sekejap jer.....pastu dia main benda lain. Kita lak yg iya2 suh dia naik & main basikal tu.....iskh! iskh! Iskh!.......

Monday, December 01, 2008

Citer Hujung Minggu

Hari Sabtu


Petang sabtu kita orang pi giant puchong tuk beli barang2 dapur skit. Tiba2 camner ntah en. somi leh pegi kat bahagian menan nie....apalagi, Haikal dah nampak sesuatu. Dia nampak basikal tu....mulalah dia wat hal....nak naik basikal tu. Haikal wat giant tu cam umah dia sendiri, leh dia naik basikal tu sana sini keliling bahagian tempat menan tu.....sib baik la orang tak ramai kat situ :-)


Selamba dia jer naik basikal tu.....bukan kayuh pun......just tolak2 dgn kaki hehehe


Terpaksalah papa ngikut Haikal....
Bila papa nak amik dia.....punyalah kuat Haikal pegang handle basikal tu....tak mau lepas....
Time nak stopkan Haikal main basikal ni yg susah nie.....siap meraung2 nangis tak nak balik. Nak main gak basikal nie....aduii! Nak tak nak....terpaksalah papa belikan gak Haikal basikal nie.....huhuhu

Hari Ahad

Hari Ahad, hari semalam la kan :-). Tetiba lak aku nie terlebih rajin. Aku pun mulakan projek utk membuat Popia Nestum. Sedap popia nie...rangup jer :-)


Popia yg siap digoreng & belum digaulkan dgn nestum & gula

Popia selepas digaulkan dgn nestum & gula....


Masukkan dalam balang......

** Enak dimakan pada bila2 masa sahaja....sambil menonton tv, sambil borak2, sambil membaca dan suka hatilah nak makan waktu bila pun hehehehe