Thursday, January 08, 2009

Pakailah Tali Pinggang Keledar

Seperti yang korang sumer tahu.......kerajaan kan dah kuatkuasakan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang pada 1 Januari 2009 yang lalu.

So, aku dengan bangganya try la testing kat Haikal pakai tali pinggang keledar ni. Nie masa kita orang kuar nak pi Mydin USJ. Disebabkan kita orang kuar pada tarikh 1 Januari 2009 tu.......jadinya kenalah pakai tali pinggang keledar ni kan.....:-)



Taraaa.......inilah dia hasilnya :-).
Tapi hanya boleh bertahan pakai tali pinggang keledar untuk 10 saat pertama je ok. Tak sampai satu minit pun hehehehe.......Camner tu?????
Pastu Haikal terus bangun dan dok berdiri camnie.......
Budak-budak nie mana suka dok statik jer.....boring la dorang. Budak2 kan suka tengok kat luar, pandan sana...pandang sini...... Takkan nak paksa lak suh pakai tali pinggang keledar tu. Kan dibuatnya mengamuk, menagis, meraung ke.... satu hal la plak. Kalo nak guna car seat, Haikal nie dah tak nak dah dok dalam car seat tu. Skit2 nak bangun....Adusss! camner nak buat nie???? Ini untuk budak2 yang baya Haikal la kan......Kalo yang besar2 tu dalam umur 4, 5 tahun dah ok dah aku rasa. Tak derlah susah sangat kalo nak suh dorang pakai tali pinggang keledar tu kan.....Apa pendapat korang sumer????? :-)

Wednesday, January 07, 2009

Playland @ Jusco IOI Mall Puchong

Ini cerita sebelum Hari Krismas yang lepas. Kita orang pegi Jusco IOI Mall Puchong coz en. somi nak shopping baju dan suar keje dia. So, aku & Haikal ikut la.....hehehehe.

Dalam pada dok memilih baju & suar en. somi tu, Haikal ternampaklah la plak playland nie. Adusss! Haikal nak main kat situ. So, terpaksalah bawa Haikal main kat sini. Mula2 tu jus main & naik ride yg ada kat situ jer.....tak masuk duit pun.


Haikal just main2 pusing stereng jer.....











Semua ride yang ada kalo boleh Haikal nak naik. Pastu siap berebut lagi tu dgn budak lain hehehehe. haru jer anak aku nie......

Pastu Haikal nampak lak budak2 dok main yang kat dalam tu.....yang kena bayar tu......Asik tunjuk2 je nak masuk dalam tu......Ermmm, terpaksalah aku bagi dia masuk. Kenalah bayar RM 6. Bukan main suka lagi Haikal dapat masuk dalam nie main. Penat gaklah aku dok mengejar dia ke sana ke sini.......Tapi, aku rasa puas hati sgt sbb Haikal enjoy abis. En. somi aku lak leh shopping dgn senang hati sbb anak dia tak kacau dia hehehehe :-).


Nampak sangat Haikal enjoy & fun main kat sini





Haikal suka sangat main yang panjat2 nie.....aku risau takut dia jatuh jer....


Pastu gelonsor camnie.......


Naik plak benda nie....



Nampak cam dah letih dah......Selamba dia je baring kat situ hehehehe


Yang nie lagi selamba.......Suka hati dia jer hisap susu kat tempat budak2 nak main hehehe. Dah dahaga sangat lah tu :-)


Nampak gayanya aku kena bawak Haikal sebulan sekali la main kat sini sebabnya aku tengok Haikal memang enjoy abis. Nampak sangat dia sonok :-).

** Sape nak hadiah???? Kalo korang nak hadiah, korang kena capture hit number nie 1707. Aku suka sangat dgn nombor nie sbb ini tarikh lahir aku :-)

Kepada sesapa yang dapat capture no 1707 nie, sila print screen dan email kat aku yea kat sini melati072003@yahoo.com




Monday, January 05, 2009

Tahun Baru....Azam Pun Baru....

Al-hamdulillah...hari nie dah pun 5 hari kita semua di tahun baru :-). Semoga tahun baru ini akan membawa lebih keceriaan kepada kawan2 semua dan juga pada aku :-).

So, bila dah masuk tahun baru...mesti ada azam baru kan?......Ermmm, apa azam korang ek? Azam tahun baru aku lak....aku nak terus berusaha untuk bagi Haikal adik hehehehe.....Yealah, tahun lepas tak kesampaian nak bagi Haikal adik. Insyaallah, kalo ada rezeki....tahun nie bolehlah bagi Haikal adik.....bukan apa, kesian tengok Haikal asik main sorang2 jer...tak der kawan :-)

Oklah, aku wish korang semua yang terbaik dalam kehidupan harian dan juga dalam kerjaya. All the best to you all!



Kalender Januari 2009 sebagai pembuka tahun baru :-)

** 8hb. Januari 2009 nie Haikal genap 23 bulan ( 1 tahun 11 bulan). Sebulan je lagi Haikal nak masuk umur 2 tahun. Tak sabarnya aku nak tunggu tarikh tu.......tak sangka lak, kejap je Haikal dah besar :-). Ermmm, skang nie aku tengah dok pikir plan tuk wat besday bash utk Haikal nanti.....insyaallah.....:-)

Wednesday, December 31, 2008

Sedih Dan Redha

Ermmm, pejam celik...pejam celik......dah pun nak abis tahun 2008 kan..... Maka detik 12 malam ini akan muncullah TAHUN BARU 2009.




Bagi aku, utk tahun 2008 nie…segala apa yg berlaku ke atas aku baru-baru ini, aku terima dan redha seadanya. Maybe korang tertanya2 kan apa yg telah berlaku? Atau ada yg dah dapat agak apa yg berlaku.

Seperti yg korang sumer tahu…..sebelum nie kan, aku ada citerkan pasal masalah aku semasa peknen dan masalah baby aku yg tak der heartbeat tu kan….

Sedih memang sedih……tapi nak wat camner. Aku terima apa yg berlaku ke atas aku. Hari Jumaat lepas 26/12/2008 lebih kurang dalam kul 1o lebih camtu…aku rasa sakit perut yg amat sangat. Pastu darah kuar makin banyak. Aku dah rasa lain macam dah….dah dapat agak apa yg akan berlaku. So, en. Somi terus hantar aku pi hospital KPMC. Bila sampai sana, doc check apa yg patut…..then, doc cakap baby aku dah gugur. So, doc kata kena wat D&C. Hari tu jugak aku wat D&C tu…..Masa wat D&C tu aku tak rasa sakit coz aku dibius sepenuhnya (tidur). Lepas sedar tu, aku rasa sedih sangat……Tapi, aku tetap redha dan terima atas apa yg berlaku nie. Maybe ada hikmah disebalik semua ini dan belum rezeki haikal lagi nampaknya nak dapat adik :-)



Aku dok kar ward satu hari jer.....kul 9.00 malam leh balik umah dah....Doktor bagi aku MC lapan hari.....





Dikesempatan ini juga...aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009.



Friday, December 26, 2008

Cuti

Hari nie aku tak keje...aku cuti :-). Kiranya aku cuti lama la stat dari hari semalam (Krismas) sampailah 5 Jan. 2009 (Isnin). Pasti korang sumer pun cuti lama gak kan macam aku :-). Bukan selalu kan.....hehehe. Lagi pun Haikal & Co nak balik kampung kat Kelantan.
Actually, aku dah plan nak pi SOGO hari nie. Nak shopping skit :-). Maklumlah Mega sale kan dah nak abis. so, aku ingat nak la shopping apa yang aku dah listkan. Tapi, tup..tup..pagi tadi masa en. somi aku nak pi keje, dia stat la enjin keta aku tu......enjin tak mau stat la. Aduii! apa hal lak keta nie?....En. somi aku kata, bateri keta dah abis, sbb tu la tak leh stat. Alamak! abis la plan aku nak pi SOGO hari nie. Jawabnya dok umah la aku dgn Haikal.....huhuhuhuhu....


** Ermmm, tak lupa juga aku nak ucapkan tima kasih byk2 pada korang yang byk bagi nasihat dan sokongan di samping juga yg sudi kongsi masalah yg sama dgn apa yg aku alami sekarang ini. Walauapapun, aku tetap berdoa semoga baby aku ok.....

Wednesday, December 24, 2008

Gembira Campur Sedih....

Salam semua....

Rasanya dah 5, 6 hari kan aku tak update blog.....bukan apa....kesihatanku tak mengizinkan aku untuk berblog (ceewahhhh!) :)


Dalam entry yg lepas aku ada cakap nak bagitau korang satu berita gembira kan.....:-). Tapi sebelum tu aku minta maaf banyak2 sebab wat korang tertunggu2 nak tahu apakah berita gembira itu :-).

Fuhh! ramai betul yang teka berita gembira tu ialah aku peknen......Kalo nak tahu betul ke tak, jom tengok.....


*


*


*


*


*
*


*


*


*


*


*
*
*
Inilah dia jawapan kepada berita gembira itu :-)
Actually aku pun tak sangka yang aku nie peknen......Kalo ikutkan last period aku pertengahan bulan 10. Dalam pada tu aku kan tengah sibuk kemas/packing barang2 coz nak pindah umah pertengahan bulan 11 tu. So, bila dah ujung2 bulan 11 tu batu aku pasan yg period aku bulan ni tak dtg lagi....dah lambat dekat 2 minggu kan.....so, dgn rasa suspennya ku pun beli la alat test peknen. Test punya test......resultnya positive :-). Al-hamdulillah.......Haikal bakal dapat adik la nie...

So, untuk meng'confirm'kan lagi, aku pi cek kat klinik lak. Dan inilah report resultnya.......Masa ni doktor kata dah 4 minggu lebih.


Report hasil pregnancy test


Tapikan, aku ada masalah skit la peknen kali nie.....ada kuar darah, tak lah byk sgt darah yg kuar nie...sikit2 jer...warna pun cam coklat2 gitu.....risau gak aku....nape leh kuar darah ek?....kira cam bleeding la....tapi tak byk. Aku tanya doc, doc kata tak per....tu biasa jer utk trimester pertama peknen. So, doc bagi aku ubat asid folic dgn ubat utk kuatkan rahim. Cuma doc takut darah tu kuar banyak.....kalo banyak doc suh aku terus pi hospital cepat2.

Tapi, dalam 3, 4 hari nie....darah yg kuar warna merah.....sebelum nie warna coklat2 jer....risau lak aku. Sampailah hari nie darah still kuar lagi.....Ada sape2 yang pernah mengalami masalah camni tak masa peknen dulu? Kalo ada, leh la kongsi dgn aku ek.....risau la aku, takut pun ada nie.....


Ini lak gambar scan masa aku pi check up kali ke-2 kat Hospital Pusrawi. Doktor kata karung ada...baby ada.....tapi........jantung baby tak berdenyut/gerak. Aduh! lagi la aku risau.....so, doktor suh tunggu lagi seminggu nak tengok camner....kalo jantung baby tu tak berdenyut gak...maknanya tak jadi la. Huhuhuhuhu....sedihnya aku....

Scan pada 19 Dis 2008


Nampak tak baby dalam karung tu?

Bila dah tahu yang jantung baby tak gerak/berdenyut nie....lagi aku risau dan sedih. Walau apapun, aku tetap berdoa supaya tak der apa2 yang berlaku dan semoga baby ok je. Tapi kalo ditakdirkan tak der rezeki utk Haikal dapat adik, aku redha jer....maybe ada hikmah disebaliknya........

Appointment aku akan datang dgn doktor ialah pada 5 Jan 2009. Doakan semoga baby aku ok yea....

Thursday, December 18, 2008

Hai Semua....

Salam semua....apa khabar? Aku harap korang sumer sihat sejahtera :-). Lama rasanya aku tak bukak blog nie...rindu lak hehehehe....Maklumlah, aku kan kena pi kursus. Kat tempat kursus tu tak der wireless....kalo ada harus aku buka internet :-).

So, hari nie kalo ada masa terluang bolehlah aku jenguk & singgah blog kawan2 sumer.....mesti byk entry yg aku terlepas nie huhuhu.....

Ok lah, untuk entry seterusnya...aku nak bagitau korang satu berita gembira :-)...... Erm, apa dia ek????? So, tunggguuuuuuuu.......

Monday, December 15, 2008

Ada Kursus

Salam sumer......

Hari nie aku ada kursus laaa.....selama 3 hari ( 15 - 17 Disember 2008). Aku kena hadiri Kursus Pengurusan Dan Penghayatan Islam di Auditorium, Menara Integriti, Jalan Duta.

So, untuk 3 hari nie aku tak dapat nak update blog lerr.....huhuhu......

Saturday, December 13, 2008

Jalan-jalan Cari Makan

Yahoooo! akhirnya dapat gak aku makan Johnny's Steamboat nie....





Nie gara2 tengok kat blog kak mimi dan zura la nie....dorang penah makan kat sini dan dorang kata best Johnny's Steamboat nie...so, aku nak gak cuba hehehehe...

So, waktu rehat tengahari semalam (Jumaat) aku pi la Jusco Wangsa Maju dengan ofismate aku. Actually, aku pi Jusco sbb nak belikan Haikal suar jeans coz suar yang ada sumernya dah singkat. Cepat tul anak aku tu meninggi hehehehe LOL.

Alang2 kat JJ nie ada Johnny's Steamboat nie...apalagi, aku pun try arr.... :-)


Kita orang pilih SET B for 2 persons......
Sumer main campur jer sekali hehehe....
Dah tak sabar2 dah nak rasa hehehe

Jom makan......
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Dah abis dah......
Al-hamdulillah....kenyang dan sedap :-)
Kesimpulannya, Johnny's Steamboat nie memang sedap dan sesuai dengan selera tekak aku nie :-).

Friday, December 12, 2008

Budak Nangis

Nie ada sorang budak tengah nangis....eeeee tak malu.
Beriya-iya lak tu nangisnya.....



Sebenarnya Haikal nie mengantuk nak tido.....
Apa yang kita buat, sumernya tak kena....
Pastu mulalah dia mengamuk.
Bila bagi susu...dia tak nak plak......
Suh baring tido pun tak nak....
Sumer serba tak kena......geram tau....
Last2 biar jer haikal nangis puas2.
Dah letih nangis, baru dia mintak susu....pastu tido....
Fuhhh!....
Macam-macam peel Haikal nie....



** Kejadian ini berlaku dalam keta masa raya haji hari tu....on the way nak balik dari umah sepupu en. somi kat Taman putra Permai.