Friday, April 10, 2009

@ Zoo Melaka



Masa pegi Melaka hari tu, kami sempat pegi kat Zoo Melaka jer.....mula2 tu memang ingat nak naik Melaka River Cruise, Menara Taming Sari, Eye Of Malaysia dan macam2 lagi lah. Tapi, disebabkan cuaca ujan petang Sabtu tu.....so, tak dapatlah kami nak naik sumer tu...huhuhu....hanya round2 dengan keta jer bandar melaka tu...



Tak per, len kali insyaallah kami ke Melaka lagi. Lagipun, Melaka bukannya jauh dari KL.....2 jam perjalanan jer..... :-)



Kat Melaka kitaorang stay kat Hotel MITC Ancasa. Ok la hotel dia, cuma tak der swimming pool jer.....cian Haikal tak dapat nak main air.
Hari Ahad, sebelum kitaorang bertolak balik ke KL, sempat singgah kat Zoo Melaka. Memang aku nak bagi Haikal kenal tengok dan kenal binatang-binatang yang ada kat zoo tu. Biar dia tengok yang betul2. Selama nie asik tengok kat tv dan buku ajer.

Tiket nak masuk ke zoo nie murah jek.....Dewasa RM 7.00 dan Kanak-kanak (5-12 thn) RM 5. So, Haikal free sbb 2 tahun kan :-).

Pada pendapat aku la....zoo melaka nie lagi ok dari zoo negara tu hehehehe. Tempat dia pun cantik...binatang pun banyak dan yang penting tempat dia tak berbau......

Oklah, jom layan gambar2 yang sempat aku snap.....



Welcome To Zoo Melaka!

Entrance & Tempat Beli Tiket
Belum sempat tengok binatang lagi Haikal dah nampak playground nie....haruslah bagi dia main kat sini dulu.



Dah puas main kat playground, barulah boleh tengok binatang lak.....

Tengok Bird - Burung Kakak tua

Kat sini ada macam2 jenias Monkey...


Haikal takut dgn kuda nie....sbb tu dia berdiri jauh2....

Ralit dok tengok badak sumbu

Rusa

Kat sini ada tiger...tapi Haikal lagi excited dgn air tu....pantang tul nampak air....
Mula2 haikal ok, steady jer jalan....excited la katakan. Lagipun, aku lupa nak bawa buggy dia sbb dah lama tak guna buggy kalo pi mana2 kan....sbb Haikal lebih suka jalan sendiri.

Tapi, sekali sekala papa dukung Haikal camnie sbb kesian kat Haikal.....mesti penat dia jalan. Tu pun kejap jer dukungnya...pastu Haikal nak turun jalan...


Sambil2 tu sempat gaklah kami posing :-)

Haikal posing atas tortoise
Posing dengan mama lak....


Posing dengan Papa lak....


With Mama again

With Papa again...

Ini antara binatang2 yang ada kat dalam zoo nie yang sempat aku snap.....jom layan....

Badak Sumbu yang sangat2 besar......

Tapir

Burung Bangau
The Big Elephant

Tiger


Unta
Rusa


Giraffe
Horse

Seladang



Saturday, April 04, 2009

Kami Ke Melaka

Hari nie kami nak ke Melaka.
Saje jer....pegi jalan-jalan, sambil bercuti... :-).
Kami kat Melaka selama 2 hari, hari nie dan esok.
Ermm, nape Melaka???
Sebabnya opis aku ada anjurkan program Karnival Halal kat MITC Melaka.
So, aku pun saje nak menyibukkan diri sambil2 tu boleh bercuti sekali kat Melaka nie.
Lagipun dah lama aku tak pegi Melaka.
Last aku pegi masa aku belajar kat UiTM dulu.....dah lama ooooo....hehehehe.

So, kami pergi dulu yea....
Bye..bye.... :-)














Friday, April 03, 2009

Aku Cuti....

Hari nie aku cuti.
So, hari nie aku jadi surirumah sepenuh masa :-).
Tapi, Haikal tetap hantar kat taska okey....hehehe..
Banyak keje umah nak kena buat nie.....
kemas umah la....basuh kain la....lipat kain la....masak la.....
dan macam2 lagi.....

Disebabkan aku cuti hari nie,
So, aku dengan bermurah hatinya bangun pagi2 masak nasi lemak utk bekpes kitaorang :-).
Leh la en. somi aku bawa bekal pi keje :-)


Oklah korang sumer....aku nak pi buat keje2 umah yang sedang menanti tu.

Selamat bekerja utk korang2 yang bekerja :-)







Tuesday, March 31, 2009

GuestBook

Writing Table For Me Please.....


Cuba korang tengok........




Kan main khusyuk lagi dia dok menulis kat atas meja tu kan.......konon tengah tulis ABC ler tu....




Kadang2 Haikal dok berebut meja nie dgn papa dia time papa dia nak buka laptop buat keje. Dia pun sama nak duk kat kerusi tu......



So, ini maknanya aku kena belikan meja dan kerusi baru utk Haikal lerr.....


Dalam kepala aku nie mmg dah ada dah meja dan kerusi yang sesuai utk Haikal. Aku nak sangat2 belikan meja dan kerusi nie utk Haikal. Aku suka sangat sbb cantik dan lagipun ia mmg sesuai utk budak2 kan......



Inilah dia meja itu.......



Ikea Mammut Table


Ikea Mammut Chair

Ok tak korang rasa meja dan kerusi nie? Tapi aku rasa nanti aku nak beli yang kaler merah lah sbb aku suka merah hehehe....








Friday, March 27, 2009

Resepi

Disebabkan ramai yang minta resepi ROTI BERKEJU kat entry bawah tu.....

Kat sini aku tepek resepinya.

So, korang sumer bolehlah cuba membuatnya yer......sedappppp.

Pasti anak2 korang suka..... :-).

Bahan-bahannya mudah ajer dan senang didapati :-).


Bahan-bahannya:

Roti Sandwich

Keju slice

Jem Strawberry (ikut sukalah nak flavour apa)

Telur (dipukul)

Mentega (utk mengoreng)



Cara-cara :

1. Sapukan rata jem pada roti.

2. Kemudian, letakkan keju di atas roti dan lapiskan dgn sekeping roti lagi.

3. Lepas tu potong 4 roti tersebut.

4. Celupkan roti ke dalam telur dan goreng dgn sedikit mentega hingga kekuningan.







Thursday, March 26, 2009

Roti Berkeju

Yumm.....yumm.....sedappppppp!

Hingga menjilat jari.....hehehehe





Ekceli, roti berkeju nie aku buat utk bekpes hari ahad minggu lepas. Ini gara2 tgk resepi dalam majalah Pa&Ma la nie. Roti nie utk menu budak2 baya Haikal sebenarnya. Tapi Mama & Papa dia lak yang lebih2 nak makan......teruslah try buat. Memang sedappppp.....


Selain roti berkeju tu....ada nasi lemak 2 bungkus (dah tentulah utk aku & en.somi kan) dan 1 bungkus lagi tu bihun utk Haikal (tapi mama dia gak yg perabihkan hehehe)







Wednesday, March 25, 2009

Sebelum & Selepas

Sebelum



Selepas




Korang perasan tak apa perbezaan gambar sebelum dan selepas di atas tu?

Bezanya ialah rambut Haikal dah dipotong pendek.....ala-ala botak gitu :-)

Kalo ikutkan papa Haikal dia nak botakkan terus bagi licin kepala anak dia nie, tapi aku yang tak bagi coz nanti takut Haikal tak ensem hehehehe......boleh gitu? LOL.


Rambut Haikal nie cepat betul panjang, rasanya baru jer kami potong rambut dia.....nampak rimas lak bila tgk rambut dia panjang, tu yang terpaksa potong kasi ala-ala botak gitu. Sekali tengok macam kelakar la pulak muka anak aku nie hehehehe.....



Haikal's New Look










My Pregnancy












Tuesday, March 24, 2009

Sedapnyaa......

Ini kes teringin dan mengidam nya pasal la nie....... :-)

Minggu lepas aku tingin sangat nak makan ayam golek nie.....tapi ayam golek yang kat Pantai Dalam je tau....tempat lain tak nak......hehehehehe...demand tu.....

Balik keje aku sanggup singgah jap kat Pantai Dalam ni semata2 nak beli ayam golek nie.....




Ayam2 yang tengah bergolek2....hehehehehe LOL

Ayam Golek 5 Bintang....

Sampai je umah, apalagi...terus ngap laa......yum...yum...sedapnya.....


Hingga menjilat jari...... :-)


** Masa dalam keta tu.......memang tak tahan bau ayam nie......menusuk ke hidung. Sedapnya bau ayam nie semerbak LOL......rasa nak cepat2 jer sampai umah sbb dah tak sabar2 dah nak makan...... hehehehehe....



My Pregnancy













Thursday, March 19, 2009

My Pregnancy - 8 Weeks 2 days

Al-hamdulillah, hari nie my pregnancy dah pun masuk 8 weeks 2 days.

Setakat nie aku tak derlah mabuk2 sgt.....biasa2 ajer.....cuma aku mabuk waktu pagi jer. Pagi2 sebelum mandi & gosok gigi, mesti aku loya dan muntah2. Pastu time malam bila nak tido.....mesti loya dan muntah2 gak.....huhuhuhuhu....yang lain semua ok. Selera makan pun macam biasa ajer :-)


Minggu lepas, 10 Mac 2009 (Selasa) aku pegi klinik utk scan perut....tak sabar rasanya nak tgk baby dlm perut nie :-). Tapi tak nampak sgt coz baby kecik lagi.



Ermm, minggu depan aku nak pi scan lagi.....rasa macam hari-hari aku nak pi scan sbb nak tgk perkembangan baby dlm perut nie......hehehehe....melampaukan.... LOL.

Apapun, aku harap my baby nie membesar dgn sempurna dan sihat.