Kali nie aku try wat kuih seri muka lak :-). Hari jumaat malam aku buat.
So, pagi sabtu tu kami bekpes lah dgn kuih nie di samping nasi goreng......
Ini 1st time aku buat kuih nie.....tiba2 tingin nak makan lak.
So, godek2 internet cari resepinya....sib baik ada.....apalagi, aku pun try la......Nasib baik menjadi kuihnya hehehehe.....
Inilah hasilnya......
hijau mata memandang hehehe....
Ini resepinya....
Bahan Pulut:
2 1/2 cawan beras pulut
Santan elok2 tenggelam beras
Garam dan gula secukupnya
Cara Masak:
Tanak pulut seperti biasa .
Bila dah masak, masa panas2 tu masukkan ke dalam loyang dan tekan padat.
Bahan lapisan atas:
1 cawan pati santan
2 senduk gula pasir
2 senduk tepung gandum
Beberapa titik pewarna hijau
1 biji telur
2-3 helai daun pandan
Cara masak:
1. Masukkan semua bahan2 ke dalam blender dan blend.
2. Kemudian tapis bahan2 tadi dan curahkan ke atas pulut yang dah ditekan tadi.
3. Kukus kuih guna api sederhana.
* untuk memastikan kuih anda telah masak, cucuk kuih dengan menggunakan garfu atau lidi yang bersih. Jika kuih tidak melekat pada lidi tadi bermaksud kuih telah masak.
Ok.....Selamat Mencuba Yea !
Ini pulak bekpes hari ahad. Aku teringin nak makan roti canai.....tapi tak nak makan kat kedai, nak makan kat umah......So, terpaksalah Papa pegi beli dan tapau bawak balik umah :-)......