Tuesday, March 31, 2009
Writing Table For Me Please.....
Cuba korang tengok........

Kan main khusyuk lagi dia dok menulis kat atas meja tu kan.......konon tengah tulis ABC ler tu....

So, ini maknanya aku kena belikan meja dan kerusi baru utk Haikal lerr.....
Dalam kepala aku nie mmg dah ada dah meja dan kerusi yang sesuai utk Haikal. Aku nak sangat2 belikan meja dan kerusi nie utk Haikal. Aku suka sangat sbb cantik dan lagipun ia mmg sesuai utk budak2 kan......
Inilah dia meja itu.......
Ikea Mammut Table

Ok tak korang rasa meja dan kerusi nie? Tapi aku rasa nanti aku nak beli yang kaler merah lah sbb aku suka merah hehehe....
Friday, March 27, 2009
Resepi
Kat sini aku tepek resepinya.
So, korang sumer bolehlah cuba membuatnya yer......sedappppp.
Pasti anak2 korang suka..... :-).
Bahan-bahannya mudah ajer dan senang didapati :-).
Bahan-bahannya:
Roti Sandwich
Keju slice
Jem Strawberry (ikut sukalah nak flavour apa)
Telur (dipukul)
Mentega (utk mengoreng)
Cara-cara :
1. Sapukan rata jem pada roti.
2. Kemudian, letakkan keju di atas roti dan lapiskan dgn sekeping roti lagi.
3. Lepas tu potong 4 roti tersebut.
4. Celupkan roti ke dalam telur dan goreng dgn sedikit mentega hingga kekuningan.

Thursday, March 26, 2009
Roti Berkeju
Hingga menjilat jari.....hehehehe
Ekceli, roti berkeju nie aku buat utk bekpes hari ahad minggu lepas. Ini gara2 tgk resepi dalam majalah Pa&Ma la nie. Roti nie utk menu budak2 baya Haikal sebenarnya. Tapi Mama & Papa dia lak yang lebih2 nak makan......teruslah try buat. Memang sedappppp.....
Selain roti berkeju tu....ada nasi lemak 2 bungkus (dah tentulah utk aku & en.somi kan) dan 1 bungkus lagi tu bihun utk Haikal (tapi mama dia gak yg perabihkan hehehe)

Wednesday, March 25, 2009
Sebelum & Selepas
Selepas
Korang perasan tak apa perbezaan gambar sebelum dan selepas di atas tu?
Bezanya ialah rambut Haikal dah dipotong pendek.....ala-ala botak gitu :-)
Kalo ikutkan papa Haikal dia nak botakkan terus bagi licin kepala anak dia nie, tapi aku yang tak bagi coz nanti takut Haikal tak ensem hehehehe......boleh gitu? LOL.
Rambut Haikal nie cepat betul panjang, rasanya baru jer kami potong rambut dia.....nampak rimas lak bila tgk rambut dia panjang, tu yang terpaksa potong kasi ala-ala botak gitu. Sekali tengok macam kelakar la pulak muka anak aku nie hehehehe.....
Haikal's New Look
My Pregnancy


Tuesday, March 24, 2009
Sedapnyaa......
Minggu lepas aku tingin sangat nak makan ayam golek nie.....tapi ayam golek yang kat Pantai Dalam je tau....tempat lain tak nak......hehehehehe...demand tu.....
Balik keje aku sanggup singgah jap kat Pantai Dalam ni semata2 nak beli ayam golek nie.....

Ayam Golek 5 Bintang....

** Masa dalam keta tu.......memang tak tahan bau ayam nie......menusuk ke hidung. Sedapnya bau ayam nie semerbak LOL......rasa nak cepat2 jer sampai umah sbb dah tak sabar2 dah nak makan...... hehehehehe....
My Pregnancy


Thursday, March 19, 2009
My Pregnancy - 8 Weeks 2 days
Setakat nie aku tak derlah mabuk2 sgt.....biasa2 ajer.....cuma aku mabuk waktu pagi jer. Pagi2 sebelum mandi & gosok gigi, mesti aku loya dan muntah2. Pastu time malam bila nak tido.....mesti loya dan muntah2 gak.....huhuhuhuhu....yang lain semua ok. Selera makan pun macam biasa ajer :-)
Minggu lepas, 10 Mac 2009 (Selasa) aku pegi klinik utk scan perut....tak sabar rasanya nak tgk baby dlm perut nie :-). Tapi tak nampak sgt coz baby kecik lagi.

Ermm, minggu depan aku nak pi scan lagi.....rasa macam hari-hari aku nak pi scan sbb nak tgk perkembangan baby dlm perut nie......hehehehe....melampaukan.... LOL.
Apapun, aku harap my baby nie membesar dgn sempurna dan sihat.


Wednesday, March 18, 2009
Aktiviti Tanam Rumput
Langkah pertama, kita tanam dulu rumput karpet nie.....Rumput nie en. somi aku beli kat Sungai Buluh. Murah jer.....sekeping tu.....RM 1.80 jer....

Ini pulak budak yang dok sibuk nak menolong jugak......mula2 haruslah digembar gemburkan tanah itu dulu.....


Tapi sekejap jer buatnya. Bila dah penat dan boring........Haikal main basikal lak. Orang dok sibuk2 tanam rumput, dia boleh dok releks ajer kat atas basikal dia tu......iskhhh! iskhh!..... :-)
Jom layan video......
(thanks to watie~mama mya yg ajarkan aku camner cara2 nk uploadkan youtube nie kat blog)
Tuesday, March 17, 2009
Cuppies For Our Anniversary
dan jugak......a special present for my beloved hubby. For me, seperti biasalah.....aku akan request apa hadiah yang aku nak. Dah request pun........hehehehe.....
Tag - Birthday Wishlist
Tima kasih pada Mimi ~ Najeeb, Aza ~ Afiq & Wanie ~ Irfan kerana meng'tag' aku......
Dengan rela hati aku menjawabnya :-).....hehehehe....
The rules:
1) Make a list of what u want on your birthday
2) The ist should be 10 numbers
3) Post the image of this award to your posting
4) Give it to 10 frens of yours
Here are my wishlist :
1. i wish my family always in good health and panjang umur.....
2. i wish for happy family forever and ever....
3. i wish i can fully breastfeed my this cooming soon 2nd baby
4. i wish and berdoa agar baby dalam perut nie GIRL :-)
5. i wish dapat special suprise present from my hubby. Selalunya aku yg request nak hadiah apa utk besday aku....hehehehe
6. i wish dapat jadi isteri, ibu dan anak yang baik
7. i wish for a bigger family car......bolehkan papa? :-)
8. i wish dapat buat birthday party yang hebat utk Haikal
9. i wish for a family holiday
10. i wish for a candle light dinner.....just two of us :-)
** Semoga birthday wishlist aku tu menjadi kenyataan........tapi, bila ntah.......huhuhuhu

Monday, March 16, 2009
Sisterhood Award
Award nie aku dapat dari Sham. Tima kasih banyak2 sham bagi award tu......Baru hari nie dapat tepek kat blog.....
*Place the award logo on your blog.
*Nominate 10 other blogs which show "Attitude and/or Gratitude"
*Link to the nominees on your blog post.
*Comment on their blog that you have nominated them.
*Share the love and link to the person who nominated you
Ingin kuserahkan award berikut kepada: Sesapa saje yang singgah kat blog aku nie... :-)

TAG - Child's Wardrobe/Closet
RULES.....
1. Take a photo of ur child's wardrobe/closet..inside n outside.
Almari nie asalnya tak der kartun spongebob tu.....kosong jer.....So, aku belilah sticker Spongebob tu then tampal2 bagi nampak cantik. Tapi, banyak dah tak der sbb Haikal dah cabut2 dah......huhuhuhu
-Inside-
2. Explain in detail, how do you arrange everything....
- Untuk bahagian tepi kanan almari tu pulak......petak pertama, tu sumer baju2 basahan Haikal untuk pakai hari2.....Petak kedua lak, tu sumer baju2 tidur Haikal dan petak ketiga...bawah sekali tu....ada towel, napkin, socks dan seluar2 utk jalan ( jeans).
4. Where did you keep your baby's old clothes?
5. Nak tag mereka2 ini......
Sessi Menjawab Tag
TAG 1 - "i" The Name U Like......
Untuk tag nie aku telah ditag oleh Hirda.
Uihh! susah gak nak menjawabnya....pikir punya pikir.....terkeluarlah jawapan2 seperti berikut :
Rules :
It's harder than it looks!
Copy to your own note, erase my answers, enter yours, and tag twenty people.
Use the first letter of your name to answer each of the following quetions.
They have to be real....nothing made up!
If the person before you had the same fisrt initial, you must use different answers.
You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl question.
1. What is your name : iza
2. A four letter word : idea
3. A boy's name : izzat
4. A girl's name : intan
5. An occupation : ichthyologist
6. A colour : indigo
7. Something you'll wear : inai
8. A food : ice cream
9. Something found in the bathroom : injap bebola
10. A place : india
11. A reason for being late : ill
12. Something you'd shout : idiot!!!!
13. A movie : idola
14. Something you drink : ice lemon tea
15. A band group & singer : infinatez & imran ajmain
16. An animal : iguana
17. A street name : ipoh
18. A type of car : isuzu
19. The tittle of a song : itu kamu
dengan ini saya nak tag.......ermmm, rasa2nya dah ramai yang buat tag nie. So, aku dgn baik hati tak nak tag sape2 lah.....hehehe....
TAG 2 - 5 Things.....
Kali nie aku telah ditag oleh Meen pulak.
5 things found in my bag :
1. Wallet
2. Kamera
3. Handphone
4. Pampers Haikal (wajib ada okey.....utk spare kalo pi mana2)
5. Compact powder, lipstik & perfume
5 things found in my wallet :
1. IC @ My kad
2. My kid Haikal
3. Pelbagai jenis kad......kad atam, kad kreadit, membership card etc.
4. Duit
5. Pic Hubby
5 favourite things in my room :
1. Kipas
2. Lampu
3. Katil
4. Almari
5. Meja make-up
5 things i've always wanted to do:
1. Nak menunaikan haji
2. Nak pi melancong satu Malaysia.....alangkah bestnya!
3. Nak ada banyak duit. Pastu bolehlah shopping apa saja.....hehehehe
4. Nak pegi honeymoon tiap2 kali tibanya anniversary.......Erk! boleh tak papa??? :-)
5. Nak hidup bahagia dan gembira tanpa ada masalah buat selama2nya.....:-)
5 things i'm currently into :
1. Siapkan kerja2 ofis
2. Update / baca blog
3. Jaga kesihatan diri & baby dalam perut.....(tak dpt nak diet.....hehehehe)
4. tengah kumpul duit nak beli DSLR.....
5. Jawab tag
5 people to tag :
1. Sue - Mama Maryam
2. Sham - Ummi Echa
3. Lieya - Mama Mia & Mija
4. Zana - Mama batrice
5. Zura - Mummy Irdina & Arissa

Friday, March 13, 2009
Our 3rd Anniversary
To Sayang,
**pssttt....Papa, nak celebrate kat mana nie? :-)

Wednesday, March 11, 2009
Hati-hati Memandu....
Haikal nie mmg suka sgt dok kat belah driver nie. Kalo pi mana2.....then papa dia stop jap nak draw duit ker....isi minyak ker.....mesti dia laju2 pi dok kat seat driver tu.....pastu konon2 buatlah tgh drive. Siap pegang & pusing stereng lagi. Pastu siap main2 gear lagi....hehehehe...




