Thursday, February 12, 2009

Sedikit Kebizian

Hari nie aku kena pegi JAKIM Putrajaya coz ada Majlis Prapelancaran Bulan Dakwah Tahun 2009. Aku kena incharge bahagian pentas dan dewan. Pukul 7 pagi dah kena ada kat ofis coz aku pegi naik keta ofis....malas nak drive sendiri. Lagipun, kat JAKIM tu susah nak parking keta.

Actually, program Bulan Dakwah ini telah pun diadakan dulu....lama dah....tahun 1978. So, sekarang nie, YB. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mencadangkan semula kepada kerajaan agar ianya dapat dilaksanakan semula pada tahun 2009 ini. Penganjurnya adalah Jabatan Perdana Menteri dan sekretariatnya adalah ofis aku dan juga Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri.

Program Bulan Dakwah nie berlangsung selama sebulan bermula 15 Februari - 31 March 2009.

Tema Bulan Dakwah - "Wahdah Pemangkin Khairu Ummah"

Untuk Majlis Pelancaran Peringkat Kebangsaan pula akan diadakan pada 19 Februari nie di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya yang akan dirasmikan oleh Yang Dipertuan Agong. So, kepada sesapa yang dekat2 dgn Putrajaya tu bolehlah datang yea masa perasmian pelancaran tu..... :-)


Abis majlis prapelancaran kat JAKIM tu dalam tengahari....Pastu aku kena pi Hotel Palace Of The Golden Horses lak. Sebabnya kul 4.00 petang tu ada raptai lak untuk program Muktamar Gerakan Wanita Islam Alam Melayu 2009. Program nie akan berlangsung selama 3 hari dari 13 - 15 Februari 2009. Untuk program nie aku kena incharge bahagian pendaftaran. So, aku kena la bermalam kat hotel Palace nie......Dapatlah jugak merasa tidur kat hotel mahal nie kan...heheheheSo, Haikal terpaksalah tinggal dgn en. somi.....huhuhhu....



Ini budak kena yang tinggal dgn mama dia.....huhuhuhu



** Citer2 holiday kat Bagan Lalang hari tu nanti aku wat entry nya kemudian ek....lps abis program2 nie sumer.... :-)




9 comments:

Sham Ummi Echa said...

penuh jadual iza yer.. tp ok per.. sesekali wat keje kt luar..sonok sket.. xde la bosan sgt dok trperuk jer kt opis kan..

Mimi said...

buat kerja kt luar best kan...tp part nak tinggal anak tu kalo saya awal2 surrender...huhu..

atty's said...

takpe..mama haikal.menjalankan tugas..
haikal mesti faham

eija28 said...

wah bz sokmo mu iza....dtg putrajaya erk....

ciklinn said...

amboii kak bizi nyer... takpe setle semua2 keje tu..

Big Mamma Bukhari said...

sian en. somi kena tinggal.. haikal ok tak iza tak ada? selamat menjalankan tugas ye iza.. tahulah en.somi nk menjaga haikal sepanjg u tak ada di rumah tue.. ehe..

Emy Omar said...

Ala sian haikal kena tinggal tapi takpe iza sekali sekala buat keje luar best gak kan..

Hirda Ibrahim said...

best aa iza merasa gak tido kat POGH. cun ooo bilik dia.
apsal x ajak hubby & haikal tido sana sekali? tapi kena make sure hubby amik off sehari le. heheh

aimi @ kamalina said...

sekali sekala BZ ok gak tu.. drpd keje yg tkade keje... boring gak..sian haikal kena tinggal ya.. kejap je kan.. nanti balikla mama tu.. iza..bestnya dpt merasa stay kat hotel tu..jgn lupa snap gambar ye... hehehe..